Jom buat pemanis mulut ni, puding biskut Marie resepi perkongsian Hamidah HA .Resipi ni kurang manis dan tidak menggunakan gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah susu pekat atau gula. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar, badam cincang, Nestum atau cheese sagat di atas puding jika suka.
Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Ketepikan.
Masak serbuk agar-agar dengan air hingga serbuk agar-agar larut dan mendidih.
Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau hingga sebati. Masa ni api kena perlahan kerana adunan ni akan menjadi pekat. Sentiasa kacau.
Masukkan serbuk koko & Milo yang telah dibancuh tadi. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Masak hingga berkilat dan ada meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak. Tutup api.
Alas loyang 7″ x 7″ dengan plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya senang hendak mengeluarkan puding dari loyang nanti.
Masukkan adunan puding (lapisan koko). Ratakan keseluruhan loyang.
Susun roti Marie satu persatu di atas lapisan koko. Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yang kosong.
Masukkan adunan puding (lapisan koko) lagi. Susun Roti Marie seperti tadi.
Ulang proses yang sama sehingga habis. Pastikan di atas sekali, mestilah lapisan koko.
Sejukkan.
13.Bila sudah sejuk, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Ads
* Adunan puding ni cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.
*Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa lutsinar pun boleh guna juga.
Dah jam 9 pagi tapi belum sarapan? Biasalah tu. Hujung minggu sarapan lambat. Bagi yang belum ada idea nak makan apa pagi ni. Boleh cuba buat Cucur Bilis Kucai & Cili Kering resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni. Makan panas-panas memang terangkat! Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ . Sedap, cukup rasa dan pedas!
CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Gebu dan lembut , bertekstur lembab dan lembut, dan 'cookies garing memang sungguh enak dinikmati. Sememangnya Kolej Yayasan Pahang sentiasa kreatif dan inovatif dalam pembuatan bakeri dan pastrinya. Jom semak resipi yang diberi.
CHOCOLATE KITTY BUN
BAHAN-BAHAN :
280ml air
800gm tepung roti
10 sudu makan gula kastor
2 sudu teh garam
4 sudu makan susu tepung
2 biji telur
4 sudu teh yis segera
20gm mentega
5gm bread improver
5gm bread softener powder
Bahan inti :
500gm pes coklat
250gm coklat gelap
500ml susu segar
CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
1. Panaskan susu segar sehingga mendidih.
2. Kemudian tuangkan ke dalam coklat gelap yang telah dihiris halus.
3. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan pes coklat dan kacau hingga sebati, ketepikan.
Cara masak bun :
1. Masukkan tepung roti,susu tepung,bread improver,bread softener,yis,gula kastor,garam dan butter ke dalam mangkuk mesin pengadun. Putarkan sehingga sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
2. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bentukkan doh tersebut, bulatkan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit atau sehingga naik dua kali ganda
3. Ambil sebiji doh canaikan dan masukkan inti kemudian bentukkan doh tersebut.
4. Biarkan doh selama 30 minit
5. Setelah itu, bakar pada suhu 180 c selama 15 minit
6. Roti siap dibakar dan boleh dihidangkan
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Chocolate kitty bun sememangya menarik selera kanak-kanak dan dewasa
Jenis masakan : Bun roti
Anggaran kos : RM 18.00
INFO CHEF : Pastikan yis tidak bercampur garam untuk elakkan yis mati
RICH CHOCOLATE MUFFIN
BAHAN-BAHAN :
240gm tepung gandum
100gm mentega
145gm gula perang
Garam secukup rasa
22ml minyak masak
2 biji telur
20gm serbuk koko gelap (dark cocoa powder)
20gm susu tepung
10gm serbuk penaik
20ml susu segar
90gm cip coklat
2gm coklat emulco
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega, gula perang dan putar sehingga sebati,kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan putarkan adunan sebati
2. Kemudian campurkan kesemua bahan kering, tepung,dark cocoa , susu tepung, serbuk penaik, garam ke dalam mesin pengandun berselang seli dengan susu segar dan coklat emulco
3. Selepas itu bila adunan dah sebati guna kaedah kaup balik tuangkan sedikit demi sedikit
4. Bakar dalam oven pada suhu 180 c selama 15-20 minit siap untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat asli yang lazat dan aroma yang harum
Jenis masakan : Muffin
Anggaran kos : RM 20.00
INFO CHEF : Jangan kacau terlalu lama bagi mengelakkan adunan menjadi cair.
PISTACHIO COOKIES WITH WHITE CHOCOLATE
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
230gm mentega
120gm shortening
1gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna hijau epal
BAHAN B
80gm kacang pistachio | dibakar dan tumbuk halus
80gm biskut cream cracker | dihancurkan
90gm cornflakes | diramas
330gm tepung gandum
Bahan hiasan :
250gm coklat masakan putih
250gm kacang pistachio | dibakar dan dihancur kasar
CARA MEMASAK :
1. Pukul semua bahan (A) sehingga berkrim,kemudian masukkan semua bahan (B) dan sebatikan hingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh selama 15 minit dalam chiller atau peti sejuk.
3. Canai dan terap doh setebal 2.4sm (1 inci) kemudian susun di dalam loyang dan bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit atau sehingga masak.
4.Kemudian sejukkan biskut yang sudah dimasak.
5. Sementara itu cairkan coklat putih dan hancurkan kacang pistachio yang dah siap di bakar, dan celupkan permukaan biskut serta taburkan kacang pistachio di atas permukaan biskut pistachio dan siap untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 50 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Biskut ini sangat rangup dengan rasa pistachio, cornflakes dan cream cracker yang enak.
Jenis masakan : Biskut
Anggaran kos : RM 25.00
INFO CHEF :Simpan biskutdalam bekas kedap udara dan dalam keadaan suhu bilik supaya tahan lama.
AMERICAN CRUMBLE YAM PIE
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
70gm gula aising
150gm mentega
Bahan B:
1 biji telur
Bahan C:
260gm tepung gandum
1 sudu makan susu tepung
Bahan D (crumble) :
70gm gula aising
150gm mentega
200gm tepung gandum
Bahan inti :
2 biji keladi besar
80gm gula perang
25gm mentega
60gm kismis
250gm kacang walnut | dibakar dan ditumbuk
1 biji lemon | diambil jus
100ml susu segar
CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
1. Adun bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan putar hingga rata
2. Masukkan bahan C yang telah diayak dan gaul sehingga sempurna
3. Rehatkan doh selama 15 minit
4. Keluarkan doh dan canai di antara 2 helai pembalut plastik mengikut ketebalan dan saiz dan masukkan ke dalam acuan pai dengan kemas dan bakar dengan menggunakan suhu 180°c selama 10 minit.Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.
5. Sementara menunggu kulit pai masak, sediakan crumble terlebih dahulu dengan mencampurkan kesemua bahan (D)dalam satu bekas dan gaulkan menggunakan hujung jari sahaja hingga menjadi seperti serbuk roti,dan ketepikan dahulu.
Cara masak inti :
1. Kupaskan kulit keladi dan potong menjadi dadu.rebus keladi sehingga masak dan ketepikan seketika.
2. Masaknmentega dan gula perang sehingga larut, kemudian masukkan perahan jus lemon,susu segar ,kismis dan walnut kacau sehingga sebati dengan api yang sederhana besar.
3. Akhir sekali masukkan keladi yang telah direbus tadi dan kacau sebati hingga pekat
4. Kemudian isikan inti ke dalam kulit pie yang dah siap dimasak tadi sehingga penuh, dan taburkan crumble diatas permukaan pai sebelum dibakar sekali lagi didalam oven dengan suhu 180 °c selama 40 minit.
5. Setelah dimasak sejukkan dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Inti keladi bersama kacang walnut menjadikan pai ini cukup unik dan sedap rasanya
Jenis masakan : Pai (pastri)
Anggaran kos : RM 25.00
INFO CHEF : Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama.
CHOUX PASTRY BASKET
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pastri :
Bahan A :
95gm mentega
160ml air
1/2 sudu teh gula kastor
Secubit garam
Bahan B
130gm tepung gandum
Bahan C :
3 biji telur
Bahan krim pastri :
Bahan A :
1 biji telur
30gm gula kastor
20gm serbuk kastad
Bahan B :
100ml susu segar
100gm krim putar (whip cream)
1/2 sudu teh esen vanila
Bahan hiasan :
5 biji strawberi | dipotong kecil
10 biji blueberi | dipotong kecil
7 biji anggur hijau | dipotong kecil
10 biji raspberi | dipotong kecil
5 helai daun pudina | dihiris
CARA MEMASAK : Cara masak choux pastri :
1. Masak bahan (A) hingga mendidih. Masukkan bahan (B) dan gaul hingga adunan menjadi pes licin.
2. Masukkan pes ke dalam pengadun kacau hingga suam, masukkan bahan C (telur) sebiji demi sebiji dan adun hingga rata dan sempurna
3. Masukkan adunan kedalam piping yang diletakkan nozzle pelbagai bentuk dan paipkan ke atas dulang pembakar yang telah disapu minyak
4. Bakar pada suhu 200°c selama 20-25 minit
5. Kemudian sejukkan cream puff sebelum dipotong kepada bahagian untuk diisi inti krim pastri dan buah-buahan segar.
Cara masak krim pastri :
1. Adun bahan (A) hingga rata. Didihkan bahan (B) dan campurkan ke dalam bahan (A) dengan perlahan-lahan. Kacau sehingga sebati dan tapiskan, masak semula dengan api yg kecil dan kacau sentiasa hingga ia mendidih dan pekat
2. Alihkan dari api dan masukkan esen vanila.
3. Masukkan krim pastri cream didalam cream puff. Hiaskan dengan buah-buahan dan daun pudina di atasnya.
4. Siap untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 1/2 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Rupanya sungguh menyelerakan dengan pastri berbentuk bakul dan sarat dengan buah-buahan beri
Jenis masakan : Pastri
Anggaran kos : RM 25.00
INFO CHEF : Untuk menghasilkan buah-buahan kelihatan lebih menarik, griskan dengan glis aprikot
RESIPI : CHEF MOHAMAD RIZAM HUSSIN, CHEF NIK NORSHAZIATIE PAUZI, MOHAMAD SAIZI AWANG NOH
TERIMA KASIH :Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak, Pahang.http://www.yayasanfelda.org
Kuih muih Melayu memang istimewa cukup rasa dan lemak manisnya. Kuih kaswi antara yang disukai ramai. Bau haruman daun pandan sangat membuka selera. Kalau ada yang nak cuba membuatnya dikongsikan resipi oleh Siti Hadirah.
1. Campur tepung gandum, tepung ubi, gula kemudian masukkan air daun pandan. Masukkan air kapur dan kacau lagi. Jika mahu lagi senang, kisar semua bahan ini dan kemudian tapis.
2. Panaskan periuk kukus air sampai mendidih.
3. Sapukan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.
4. Kukus selama 15-20 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan tuala kecil supaya wap air tidak masuk dalam adunan.
5. Selepas masak, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.
6. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dan garam. Kukus seketika lebih kurang 3 minit. Bolehlah gaulkan dengan kuih kaswi yang sudah siap dimasak tadi. Hidangkan.
Sumber kredit: Siti Hadirah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: