Tekak hari ni terasa nak makan yang manis-manis. Apa lagi jom kita buat puding coklat ni. Rupa pun nampakmenyelerakan, rasa sudah tentu nikmat.Sangat mudah buat dan rasa cukup lemak manis. Paling penting bila keluarkan dari acuan,tak pecah. Tak lembik dan tak keras juga sesedap rasa.
2 peket agar-agar tali
Ais secukupnya- untuk rebus agar-agar tali
3 keping roti
1 tin susu pekat
2 sudu serbuk koko/milo/coklat
Secubit garam
6-7 sudu gula pasir
Acuan
1. Satu periuk air penuh periuk Dessini size besar ni ,gunakan 2 peket agar-agar tali.
2.Potong agar-agar tali. Kuatkan api atas dapur gas. Kacau 5 minit awal sahaja. Kemudian tinggalkan hingga ia cair dan halus.(ambil masa 30 minit). Kacau 5 minit untuk sebatikan satu periuk air ni.Perlahankan api (buat api sederhana).
3.Sediakan 3 keping roti untuk dikisar.
4.Tuangkan susu pekat.Masukkan air agar-agar tali yang dah masak tadi ke dalam blender, untuk dikisar dengan roti tadi dan susu pekat.(DARI AIR AGAR² YG MASAK TADI.JANGAN GUNA AIR LAIN). Sebelum kisar roti dan susu tadi. Air agar-agar tadi pun dah dimasukkan dalam blender sekali.
5.Masukkan pula 2 sudu serbuk koko/milo/coklat. Saya guna serbuk koko DARK BROWN.Kisar semua.
6.Dah siap kisar, tuang ke dalam periuk agar-agar tadi.Kacau sehingga sebati. Kalau warna pudar, tambah lagi serbuk koko 2 sudu ke dalam periuk ni terus. Kacau sebati , jangan sampai berketul.
7.Tambahkan susu pekat kalau nak tambah lemak manis ya.
8.Tambah secubit garam , gula pasir untuk rasa lemak manis. (Tak manis sangat. Rasanya memang lemak manis sebab serbuk koko ini memang kaw)
9.Akhir sekali siap sedia untuk masuk dalam acuan.
10.Siap
Kredit: Shaa Mimi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official