BAHAN-BAHAN:
- 30 gm gula
- 400 ml susu penuh krim
- 30 gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
- 1 sudu makan serbuk agar-agar
- 3 sudu makan Krimer Manis Coklat SAJI
- ½ sudu makan coklat masakan
UNTUK HIASAN:
- Sedikit krim putar
- Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK:
- Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
- Campurkan Krimer Manis Coklat SAJI dan coklat masakan. Kacau sebati.
- Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
- Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
- Sedia dinikmati ketika sejuk.