Puding Diraja, Air Tangan Sissy Imann Buat Ayahnda Tercinta Dalam Rasa Anak Emak, Anak Bapak.

Share

Dalam pada sibuk, Sissy Iman, penyanyi kecil molek yang popular dengan lagu Pesanan Ayahanda ini masih ada waktu melayan selera Ayahanda tercinta berjalan-jalan bersama di Pantai Telur Cempedak sambil makan Puding Diraja kegemaran Ayahandanya.


.

Tak cukup dengan membeli Puding Diraja, Mohammad Kamil minta anak kesayangannya itu memuat sendiri Puding Diraja, bila dua beranak ini berehat santai di Janda Baik Pahang. Semua ini dalam program Rasa Anak Emak, Anak Bapak, Episod 12.

Sissy mengakui tidak pernah buat puding raja sepanjang hayatnya, namun demi Ayahanda tercinta dan berbekal resipi yang disediakan oleh Ayahanda tercinta, Sissy tak kekok mencuba.


.

Dengan nawaitu memasak dengan kasih sayang, Sissy akhirnya berjaya menghasilkan Puding Diraja, menu autentik Melayu yang digemari oleh kerabat Diraja Pahang. Biarpun pertama kali menyediakan Puding Diraja, hasilnya tak mengecewakan dengan bantuan Ayahanda.Ternyata dua beranak ini puasjati sambil bercuti kedua-dua mereka boleh menikmati Puding Diraja.


.

Kepada korang yang teringin mencuba, berikut Sissy kongsikan resipinya di sini. Nampak macam susuh tapi senang sesangat nak buatnya ye…..


.

PUDING DIRAJA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN JALA EMAS:

  • 5 biji kuning telur
  • 250gm gula
  • 250ml air
  • 1 helai daun pandan

BAHAN TABUR:

  • 10 biji pisang lemak manis | goreng dalam minyak masak yang dicampur minyak sapi
  • 100gm kacang gajus yang digoreng dalam minyak sapi
  • 100 g buah prune
  • Ceri merah dan hijau secukupnya

BAHAN KUAH PUDING:

  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 3 biji kuning telur
  • 125gm gula
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:
1 Untuk membuat Jala Emas, didihkan air, gula dan daun pandan sehingga larut. Keluarkan daun pandan.
2. Masukkan kuning telur ke dalam corong roti jala dan kirai ke dalam adunan air gula tadi.
3. Angkat jala emas dan toskan air gula. Ketepikan.
4. Seterusnya, sediakan kuah puding, Gaulkan semua bahan dalam satu mangkuk. Tapiskan dan masak secara double boil sehingga pekat.
5. Untuk menghidang puding Diraja, atur pisang yang telah digoreng di dalam mangkuk.
6. Taburkan jala emas, kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus dengan secukupnya.
7. Tuangkan kuah ke atas puding apabila hendak dimakan.
8. Puding lebih sedap apabila dimakan sejuk-sejuk.

Jangan lupa saksikan episod seterusnya Rasa Anak Emak, Anak Bapak di episod seterusnya bersama Datin Diana Danielle bersama ibunya. Nak tau apa yang dimasak untuk ibu tercinta, jangan lupa saksikan Rasa Anak Emak, Anak Bapak di Episod 13, Jam 1..00 PM, di Astro Prima HD.

Published by
webadmin