Puding enak pelengkap hidangan berbuka. Sedapnya kalau dapat makan puding waktu berbuka. Terasa sejuk dan nyaman tekak.
Dikongsikan tiga resipi puding yang sedap dan taklah susah sangat nak membuatnya. Selamat mencuba!
Puding Enak Pelengkap Hidangan Berbuka
PUDING MANGGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
250gm krim keju | suhu bilik
60gm gula kastor – boleh beli online di sini
140gm yogurt – boleh beli online di sini
150gm krim putar
1 ½ sudu makan gelatin
125gm air sejuk
2 biji mangga |potong dadu
250gm puri mangga (mango filling)
CARA MEMASAK:
- Taburkan gelatin di dalam air sejuk. Biarkan kembang selama 10 minit. Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga cair.
- Putar krim keju dan gula kastor menggunakan mesin pengadun sehingga adunan licin dan tidak berketul. Masukkan yogurt dan krim putar.
- Masukkan mangga yang telah dipotong dadu dan kacau perlahan menggunakan spatula atau senduk. Tambahkan larutan gelatin dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.
- Tuang puri mangga di atas puding sebagai hiasan dan penambah rasa.
PUDING PISANG COKLAT
BAHAN-BAHAN:
UNTUK MEMBUAT LAPISAN PUDING COKLAT:
500gm susu segar
80gm gula halus – boleh beli online di sini
25gm mentega – boleh beli online di sini
120gm coklat hitam | dipotong kecil
25gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit susu
UNTUK MEMBUAT LAPISAN KASTARD PISANG
5 biji pisang emas | kupas dan potong kecil
200gm gula – boleh beli online di sini
1 sudu makan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu makan tepung jagung – boleh beli online di sini
500gm susu segar
4 biji kuning telur
2 sudu makan mentega
1 sudu teh esen perasa pisang
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
- Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
- Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
- Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
- Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
- Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.
PUDING AISKRIM OREO
BAHAN-BAHAN:
8gm serbuk agar-agar
100gm gula – boleh beli online di sini
500gm air
250gm krim putar
200gm susu segar
4 sudu makan aiskrim vanila
200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK:
- Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
- Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
- Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official