
Kuih puding jagung yang enak di hidangkan ketika sejuk dan dinikmati untuk minum petang. Sangat sedap dan mudah untuk disediakan,. Anak dara dah boleh mula belajar buat kuih pertama untuk keluarga tercinta ibu jadi pemerhati ya.. Selamat mencuba!
RESIPI PUDING JAGUNG

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung birds custard
- 2 cawan gula
- 1 tin jagung (tak kisar lagi sedap, nak kisar pun boleh)
- 4 cawan santan
- Tambah sedikit susu pekat manis
Sila lihat cara memasak seperti di video:
https://www.instagram.com/p/BVHMFszjfLm/?utm_source=ig_web_copy_link
Kredit Video dan resepi: IG Rosehayatie
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Lepat Kacang Hijau Air Tangan Mak! Sedap Nampak..

Banyak resipi yang boleh diolah dari kacang hijau, antaranya kuih lepat kacang hijau yang dikongsikan ini. Jarang sekali kita mendengar atau merasai , apa kata kamu cuba resipi air tangan mak ni, mesti sedap. Selamat mencuba!
RESIPI LEPAT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 150gm tepung beras
- 50gm tepung jagung
- 1 cawan gula merah
- 1 1/2cawan air
- 1/2cawan gula pasir (ikut kemanisan)
- 1 1/2cawan santan kotak
- 1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
- 1/2sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati..
- Tapiskan kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau.. kalau behenti akan berketul.. (masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau)
- Biarkan sejuk sikit baru masukkan kedalam daun pisang.. boleh kukus dan boleh masukkan kedalam peti sejuk..
Kongsi resipi: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar
Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

Ayam Masak Kunyit Halia, menu ringkas dan mudah untuk disediakan. Cukup rasanya kalau makan dengan nasi panas pasti bertambah.
Menu yang mungkin nampak biasa-biasa tapi bila makan, cukup lauk ni sahaja makan pula dengan sambal belacan, memang terangkat habis!
Nak sediakan hidangan ini juga cukup mudah, kalau buntu nak masak lauk apa, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Habeebah Md Daud. Nak tukar ayam dengan daging pun boleh.
RESIPI AYAM MASAK KUNYIT HALIA

BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil secukup rasa Maggi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam – BELI ONLINE
1 senduk/2 sudu besar cili boh
1 ibu jari halia (hiris) – BELI ONLINE
1 keping asam keping – BELI ONLINE
1/2 cawan minyak masak – BELI ONLINE
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Bawang besar dan cili merah (dihiris)

CARA MEMBUAT:
1. 1/2 ekor ayam potong kecil-kecil, bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan. Jangan lupa, masukkan air dalam 1 1/2 cawan (bagi ayam separa tenggelam) untuk rebuskan dengan bahan-bahan.
3. Rebuskan ayam dalam 10-15 minit sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan.
4. Perasakan ikut cara masing-masing. Nak lebihkan gula dan garam, ikut suka.
5. Hiris bahan hiasan. Sediakan 1/2 cawan minyak masak.
6. Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.
7. Akhir sekali masukkan bawang serta cili. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
Sumber kredit: Habeebah Md Daud
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Bakar Paling Mudah & Sedap. Gaul Dengan Sos Apa Ada, Bakar Dalam Oven
Resipi Ayam Goreng Kunyit Paling Mudah. Yang Tak Terer Masak Pun Confirm Menjadi!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sup Ayam Pekat Berempah Sekali Hirup Confirm Nak Lagi

Ada orang suka masak sup reneh begitu sahaja, Ada juga yang suka menumiskan bahan-bahan. Kalau nak buat stail mamak yang pekat boleh guna rempah sup. Lagi kaw rasanya, hirup terasa rempah ratusnya.
SUP AYAM PEKAT
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk ayam -bahagian bertulang (kalau banyak ayam kena guna dua paket serbuk rempah sup)
- 1 paket rempah sup
- 1 paket 4 sekawan
- Sup bunjut
- 1 biji bawang besar
- Bawang putih-tumbuk
- Halia -tumbuk
- Tomato-dipotong dadu
- Ubi kentang
- Minyak secukupnya
- 2 mangkuk air
- Garam secukupnya
- Serbuk perasa secukupnya
- Daun sup
- Bawang goreng
Cara memasak:

- Saya tak guna blender sebab saya lagi suka potong macam ni. Hiris sebiji bawang besar senipisnya.Panaskan 3 sudu minyak masak langsung tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.

2.Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.

3.Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.

4.Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.

5.Masukkan ayam.

6.Gaul rata.

7.Masukkan dua mangkuk air.

- Campakkan bunjut sup.

9.Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.Sehingga sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.

10.Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Kredit : Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official


