Bagi orang yang alergi telur tak payah bimbang nak makan puding karamel berasaskan agar agar ini. Mudah membuatnya tak perlu kukus dan yang paling penting tanpa telur.
Enak berkrim, sejuk dingin dihidang dari peti sejuk, nyaman aje lalu kat tekak. Jom tengok resipi dari Nordiana Ab Kadil ini, kos murah. Sesuai dibuat musim pkp ni, di kala tiada bazar Ramadan ini.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Bahan puding:
10gm atau 1paket serbuk agar-agar yang jernih 4cawan air 1tin susu cair 1cawan susu pekat 3 sudu tepung kastard Sedikit esen vanila
Bahan karamel : 3 sudu besar gula pasir 2 sudu besar air
Ads
CARA MEMASAK : 1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil gula di biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air 2. Kemudian masukkan ke dalam loyang 3. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul2 mendidih dan pekat 4. Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang Yang berisi karamel tadi 5. Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3jam 6. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong
Sedia utk dihidang
Tip:pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat
Ads
kredit:nordiana ab kadil via FB :Resepi Masakan Terkini
Ketika waktu lapang misalnya petang-petang, mesti terasa nak makan sesuatu. Bubur atau pengat adalah salah satu hidangan yang paling sedap untuk dimakan. Rasanya lemak manis. RASA berikan 4 resipi yang pasti membuatkan anda puas hati.
BUBUR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk kacang hijau
2 cawan santan + 1 cawan air
3 1 helai daun pandan (disimpul)
2 inci halia
Gula merah secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Rebus kacang hijau sampai lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Masukkan santan dalam periuk.
3. Masukkan daun pandan, halia, gula merah dan garam.
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan kacang hijau. Kacau sebati. biarkan mendidih dan matikan api.
BUBUR BARLI
BAHAN-BAHAN
1 cawan barli (direndam 1 jam dan toskan)
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar gula merah
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Rebus barli dengan 2 cawan air sehingga kembang. Lebih kurang 30 minit.
2. Dalam periuk lain, isi 1/2 cawan air. Kemudian masukkan gula pasir dan gula merah. Biarkan mendidih.
3. Tapiskan bancuhan gula ke dalam periuk berisi barli tadi.
4. Masukkan santan, daun pandan dan garam. Kacau sehingga mendidih lagi.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia hidangkan.
BUBUR CHA CHA
BAHAN-BAHAN
100 gram tepung Cha Cha kering
300 gram keladi | rebus setengah masak
200 gram keledek kuning | rebus setengah masak
200 gram keledek oren | rebus setengah masak
200 gram keledek ungu | rebus setengah masak
70 gram sago mata ikan
BAHAN KUAH SANTAN
400 ml santan cair
400 ml santan pekat
2 helai daun pandan
300 gram gula
1 sudu teh garam
CARA MEMBUAT
1. Rebus tepung cha cha kering. Bila sudah terapung, angkat dan rendam dalam air.
2. Rebus keladi dan keledek hingga empuk secara berasingan. Angkat dan toskan.
3. Seterusnya masukkan bahan ubi-ubian dalam periuk bersama santan cair, gula, secubit garam dan daun pandan.
4. Renehkan hingga ubi empuk.
5. Setelah empuk, tambahkan santan pekat, tepung Cha-Cha yang telah direbus tadi dan bersama sagu, sederhanakan api, kacau hingga kuah mendidih.
6. Perasakan dengan secubit garam.
7. Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan panas atau sejuk.
BUBUR PULUT HITAM
FB : Resepi Mutiara HATI
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air untuk merebus pulut
2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
2 cawan santan cair
Garam secukup rasa
3/4 cawan gula
1/2 ketul gula melaka
2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Rebus pulut hitam dengan 6 cawan air dan daun pandan sehingga lembut. Pastikan api sederhana sahaja. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
2. Masukkan santan cair, garam, gula dan gula melaka. Masak sehingga bahan larut dan kacau. Kemudian masukkan 1 cawan santan pekat dan sebatikan. Sesuaikan rasa.
3. Dalam periuk lain, masak santan pekat di atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Tambahkan tepung jagung yang telah dicampurkan 1 cawan air. Kacau sebati sebelum ditambah masuk ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam sedikit. Kacau dan utup api.
Menu makan malam ni kita masak lempeng. Memang kenyang tambah pula dimakan dengan gulai ayam. Nak buat yang gebu, ikut resipi ni. Gerenti bertambah makan. Lempeng ni ikut resepi dekat warung, dapat sekeping pun kenyang. Betul-betul sedap,gebu dan lain dari lain. Cicah dengan sambal pun sedap.
LEMPENG KAMPUNG
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan tepung kentang
Garam
Sedikit ajinomoto -option
1 biji telur gred paling kecil, kalau gred besar kurangkan putihnya
Cara membuat:
1.Satukan semua.Tuang air kalau ikut sukatan cawan mak dalam 4 cawan. Korang boleh agak-agak adunan tu tak pekat dan tak cair. Cara tengoknya masa korang tuang dari senduk adunan tak melekat dekat senduk. Kalau korang rajin tapis la pakai tapis besi tu.
2.Panaskan kuali tidak melekat.
3.Sapu pakai tisu minyak di kuali
4.Tuang adunan sesenduk.Buat bulatan O pakai belakang senduk.Masa ni kecil kan sedikit api.
Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakaratau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi perkongsian saudari Ameera yang mudah ni. Memang sedap.
RESIPI PENCICAH AIR ASAM SEDAP MENYENGAT. TAMBAH 2 BAHAN NI & GAUL, BARU TERANGKAT!
1. Hiris nipis cili padi, cili merah, tomato dan bawan besar.
2. Sukatan asam jawa biji. Ambil separuh begini. Pakai asam jawa biji ni bila buat air asam dia punya kick memang padu dan lebih sedap.
3. Belacan besar ni ye. Kalau nak kurangkan pun boleh. Ikut cita rasa.
4. Masukkan 1 cawan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa. Ramas hingga larut asamnya.
5. Campurkan semua bahan hiris ke dalam mangkuk.
6. Tambahkan sedikit garam. Jangan banyak, nanti masin.
7. Masukkan juga gula supaya air asam nanti ada rasa manis, masam dan pedas yang seimbang.
8. Ambil belacan tadi dan tenyeh hingga hancur.
9. Seterusnya masukkan sos tomato dan sos cili.
10. Tapis air asam jawa tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
11. Gaul semua bahan hingga sebati. Tip untuk jadikan pencicah air asam lebih sedap ialah gaul bahan berulang kali menggunakan tangan sambil disertakan dengan berselawat.
12. Pencicah Air Asam enak siap untuk dihidangkan.
13. Sesuai dihidangkan bersama ikan kukus, ikan bakar, ulam-ulaman dan sebagainya.