Puding karamel ubi kayu, kalau berkait dengan karamel memang kita tahu keenakannya. Tapi puding yang ini menggunakan ubi kayu. Memang berbeza rasanya tapi sedap.
Jika ubi kayu selalu kita jadikan bingka atau boko ubi, apa kata cuba pula resipi ini. Memang tak rugi. Karamel dengan ubi kayu ini memang ohsem rasanya. Hidangkan selepas disejukkan, memang nikmat makan.
1 1/2 cawan ubi kayu parut
2 biji telur
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan susu cair
1/3 cawan susu pekat manis
1 penutup esen vanilla
Bahan untuk karamel
1/3 cawan gula pasir
1. Sediakan karamel terlebih dahulu, panaskan kuali dan cairkan gula. Selepas gula cair menjadi karamel tuang dalam loyang. Biarkan sejuk seketika.
2. Kemudian tuang semua bahan yang dikisar dalam loyang berisi karamel tadi.
3. Kukus selama 45 minit hingga masak.
4. Sejukkan sebelum potong dan hidangkan sewaktu buka puasa.
– Elak beli ubi yang kering dan lihat pada potongan ditangkai.
– Beli ubi yang sudah patah sehingga menampakkan isi putih ubi. Jangan pilih ubi yang nampak kekuningan dan nampak urat kayu.
– Pilih ubi yang berkulit merah/pink. Teksturnya lebih lembut. Sesuai untuk goreng rebus dan buat kuih. Jika mahu membuat tapai cari ubi kuning atau butter tapioca. Hasilnya lebih mulus.
Kredit resipi & foto: Stcaldina Ismail
Baca Lagi: Lepat Ubi Leleh, Resipi Kuih Guna Ubi Kayu Yang Sedap & Mudah Buat