Siapa yang tidak menggemari manisan yang satu ni. Nikmat terasa jika dapat makan puding kastard ni.makan sesejuk sedap yakmat kan puding ni juga salah satu menu mudah buat dan digemari ramai.
1 tin buah-buahan koktail dlm tin (asingkan buah dan airnya) buah longan dalam tin(buang airnya) sumi nata buah buahan kegemaran
1 tin susu cair
4 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung kastard air masak
Cara menyediakan puding:
1. Mula-mula didihkan air, masukkan tepung kastard yg dibancuh bersama santan gula pasir dan garam. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul di atas api yang sederhana.
2. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat. Adunan harus sentiasa dikacau untuk elakkan hangit. api yg sederhana
3. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
4. Biar ia sejuk dalam suhu bilik dan setelah sejuk masukkan ke peti sejuk.
Ads
Cara menyediakan kuah cockail pula
1. Mula-mula masukkan, susu cair, gula pasir, garam, tepung kastard dan air masak ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kecil.
2. Setelah mendidih, tutup api dan sejukkan.
3. Setelah selesai memasak, sejukkan kuah dengan suhu bilik dan masukkan ke dalam peti sejuk.
4 Apabila puding custard dan kuah cocktail telah sejuk hidangkan bersama buah cocktail,,sumi, nata dan buah buahan pilihan ,,sedap dinikmati dikala cuaca panas Selamat mencuba!
credit : Ieyla Saziela
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan pembuka selera lauk kampung yang unik tapi ringkas. Aroma terung bakar yang ditumis dengan cili padi serta diberi perahan limau kasturi memberi rasa masam pedas yang membangkitkat rasa makan anda.
TERUNG BAKAR TUMIS CILI PADI ISTIMEWA
BAHAN – BAHAN
Bawang Merah dihiris
Cili padi Hijau / Merah (dihiris nipis)
Belacan
Terung Gemuk
Limau Kasturi
Garam
Minyak
CARA MEMASAK:
1. Bakar terung di atas api. Pilih terung yang gemuk sebab jika di bakar terung mengecut. Lagi lama bakar laaagi sedap! Bakar hingga lembik tapi jangan lembik sangat.
2. Setelah puas hati dengan baunya dan aroma, buang kulit terung yang dibakar tadi. Tinggalkan sikit kulit hitam tadi pun ok sebab itulah benda yang sedap.
3. Dengan sedikit minyak tumis bawang merah, cili padi dan belacan sehingga naik bau. Selepas itu masukkan terung yang dibakar tadi
Sebut sahaja mengenai restoran Mamak, pasti terbayang-bayang keenakan aneka lauk pauknya. Karinya, perghhh..sangat power. Selain lauk ayam, masakan seperti telur ikan dan sotong semestinya buat kita kecur liur. Namun, harga yang agak mahal kadang-kala membuatkan kita tengok sahaja. Tapi jangan risau sebab anda pun boleh hasilkan menu-menu ni secara homemade. Tak susah mana pun. Jom lihat resipi & bahan-bahan yang diperlukan.
1. SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
2 biji cili merah |dipotong memanjang
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
1 tangkai daun kari
1 labu bawang merah (dikisar)
2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk jintan putih
1sudu teh serbuk jintan manis
1sudu teh serbuk cili
50gm santan pekat
1 cawan air rebusan sotong
3 sudu makan minyak masak
½ sudu teh gula
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.
2. AYAM MADU MAMAK
BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam |dipotong dan dibersihkan
1sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh garam
1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)
BAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar |dihiris
1 tangkai daun kari
1sudu teh bawang merah kisar
2 sudu teh halia kisar
1sudu teh bawang putih kisar
1 labu bawang besar |dikisar
½ sudu makan serbuk kulit kayu manis
½ sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk cili
200gm buah kurma |dibuang biji
½ cawan air
3 sudu makan madu
BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:
50gm kacang gajus
10gm buah kismis
1 sudu teh minyak sapi
CARA MEMASAK:
Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.
Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.
Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.
Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.
Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.
Masukkan tepung dan baking powder tapi jangan gaul guna mixer,cukup sekadar kaup dan balik guna senduk atau spatula.
Masukkan dalam loyang yang dah disapu majerin dan bakar dalam ketuhar ikut kepanasan yang sesuai.
Ikut jenis ketuhar masing-masing. Dah masak angkat dan keluarkan dari loyang guna scraper.
Letak di atas kertas A4. Sapu jem kegemaran anda dan gulung ketika masih panas.
Jem nenas saya hanya guna jem nenas untuk tart tapi saya tambah 500ml air dan 1kg jem tart. Masak atas api sederhana hingga gula dan jem sebati dan mendidih.Tutup api dan biarkan sejuk baru guna.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.