Sedapnya PudingLaici Berkuah ni. Bulan puasa macam sekarang, sesuai sangatlah buat puding ni. Letak dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk. Memang nikmat. Orang dewasa dan budak-budak pun suka. Kalau dijadikan sebagai manisan semasa lepas terawih pun sesuai. Jom lihat resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
RESIPI PUDING LAICI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
10gm serbuk agar-agar
8 cawan air (empunya resipi sukat guna cawan kopi)
1 3/4 cawan gula pasir
1 tin susu cair
2 tin laici tin
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama gula hingga mendidih.
2. Masukkan serbuk agar-agar dan 1/2 cawan air laici tin. Bila mendidih, masukkan susu cair. Bila mendidih sekali lagi, padamkan api. 3. Masukkan larutan puding ke dalam jug supaya mudah nak tuang dalam bekas plastik. (empunya resipi guna bekas plastik sQ250)
4. Tuang puding ke dalam bekas. Bila dah mula mengeras, taburkan buah laici yang telah dicarik-carik atas puding tadi. 5. Bila puding dah betul-betul mengeras, bolehlah tuang lebihan air laici tin tadi di atas permukaan puding. 6. Simpan puding di dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.
Kuih Ulat Bulu, makan ni tak gatal tau. Ntah kenapa namanya begini tak pasti pulak. Dibuat dari tepung pulut dan tepung gandum dan yang paling padu berintikan pes kacang merah. Memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut.
Bahan-bahannya pun ringkas sahaja, berbaloi-baloi untuk dicuba. Jom tengok resipi perkongsian daripada gerobok ummu
KUIH ULAT BULU
BAHAN-BAHAN :
Tiga cawan tepung pulut
Dua sudu besar tepung gandum
Satu cawan air
Sedikit air kapur
Secubit garam
Kelapa parut
Inti kacang merah (saya beli yang dah siap)
CARA MEMASAK : 1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur. Gaul sampai sebati. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sederhana lembut. 3. Ambil sedikit doh dan leperkan 4. Letak inti kacang merah 5. Gentel bujur untuk tutup doh 6. Ulang sampai habis 7. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai timbul. Dah timbul, salut atau golek dengan kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam.
Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Mariana Zainalni antara yang boleh dicuba.
CARA MEMBUAT KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN INTI KELAPA: 1 cawan air panas 1/2 cawan gula merah cap Bintang 2 sudu besar gula pasir (satukan, kacau hingga larut dan tapis) 1/2 biji kelapa parut 1 1/2 sudu besar tepung gandum Secubit garam 1 helai daun pandan – disimpul 1/2 sudu teh kicap karamel – untuk cantikkan warna inti (jika tiada,abaikan)
CARA MEMASAK: 1.Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali. 2. Bila mendidih, masukkan kelapa parut, gula dan garam. Kacau hingga agak kering. 3. Masukkan tepung gandum. Bila sudah sebati, tutup api. Biarkan sejuk. 4. Bila inti sudah sejuk, boleh bulat-bulatkan untuk memudahan ia dimasukkan dalam doh.
BAHAN ADUNAN HIJAU: 2 cawan tepung pulut 2 sudu besar (membukit) tepung gandum Secubit garam 1 cawan air pandan (kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya)
CARA MEMASAK: 1.Didihkan air dalam periuk. 2. Satukan tepung dan pati pandan. Ggaul hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan. 3. Bulat-bulatkan doh. Masukkan inti kelapa. Bulat-bulatkan. 4. Kemudian masukan dalam air yang mendidih. Apabila doh sudah timbul, angkat dan toskan.
5. Ketepikan seketika.
BAHAN KUAH PUTIH: 1 cawan santan pekat – empunya resipi guna 1 kotak kecil santan KARA 3 cawan air 1/2 sudu teh garam 2 cubit gula 3 sudu besar (membukit) tepung beras 2 sudu besar (membukit) tepung gandum
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan, kacau hingga larut dan tapiskan ke dalam periuk. 2. Dengan menggunakan api sederhana perlahan, masak dan kacau adunan guna whisk/senduk hingga mendidih dan agak pekat.
3. Bila sudah agak pekat, terus tutup api dan segera sendukkan ke dalam bekas untuk menghidang Kuih Badak Berendam nanti. (boleh guna bekas makanan) 4. Dalam setiap bekas, masukan 1 1/2 senduk adunan putih dan terus letak bebola hijau yang sudah siap ditoskan tadi.
5. Kuih Badak Berendam siap untuk dinikmati. Ia enak dimakan ketika panas dan juga sejuk.
Mudah, cepat dan enak! Pizza Cones Berkeju ni memang layan. Cara nak buatnya pun tak susah malah lengkap dengan sayur-sayuran. Bagi anda yang gemarkan rasa keju, ha…pasti sukakan hidangan ini. Cubalah! Sekali makan, pasti nak lagi.
PIZZA CONES BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
150gm sos pasta segera
50gm isi jagung manis ( dalam tin)
50gm lada benggala hijau | potong dadu
50gm bawang besar | potong dadu
60gm keju cheddar | potong dadu
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
Roti sandwic secukupnya
Air
Keju mozarella secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan sos pasta, jagung, bawang besar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Kemudian masukkan lada benggala. Gaul lagi hingga sebati.
Ambil roti dan potong tepinya.
Gelek roti hingga nipis. Sapu air pada sisi roti dan bentukkan menjadi bentuk kon.
Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar roti yang telah dibentuk tadi selama 5-7 minit.
Keluarkan dan sejukkan roti.
Sudukan inti ke dalam kon roti dengan secukupnya.
Seterusnya sudukan keju mozarella.
Bakar kembali menggunakan suhu yang sama selama 5 minit.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...