Puding Mangga Susu Nikmat Dimakan Ketika Sejuk

Share

Sekarang ni sana sini orang menjual mangga. Selain sedap buat air mangga, boleh juga buat puding untuk sejukkan tekak. Lega rasanya dapat nikmati puding yang sejuk. Jom kita buat.

Puding Mangga Susu
Bahan-bahan:
20g agar-agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula
2 – 3 biji mangga susu – potong dadu kecil-kecil
1 tin susu cair
Secubit garam

Cara memasak:
1.Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula,kacau rata.
2.Masuk susu cair dan kacau. Kemudian masuk secubit garam.Kacau-kacau lagi. Tutup api.
3.Tuang secawan adunan puding dalam loyang 8×8.Beku seketika.
4.Tabur mangga susu separuh dalam loyang. Tuang adunan puding tadi hampir menutupi mangga.Beku seketika.


5.Habiskan baki mangga tadi dalam loyang. Tuang baki adunan hingga habis. Bekukan.

6.Boleh simpan dalam peti sejuk satu jam lebih. Potong ikut suka dan boleh dihidang.

Kredit : Zura Zul

ADA YANG NAK MEMBELI HOME APPLIANCES? BOLEH LIHAT DI SINI.

Published by
Putri Adila Saari