Puding Oreo hidangan pemanis mulut yang sesuai untuk dihidangkan di hari raya nanti. Sambil makan hidangan daging korban boleh buat ini untuk minum petang atau hidangan desert. Makan sejuk-sejuk memang sedap.
PUDING OREO
Bahan-bahan:
1 pek Oreo
1 paket agar-agar tali cap rusa (berat dia 18gm)
1 tin susu cair
¾ cawan gula pasir
2 cawan air
3 sudu milo
Sedikit pewarna kalau nak guna pewarna
Cara Memasak:
- Mula-mula masak agar-agar dengan air dan susu cair sampai larut.
- Bila agar dan larut susu pun dah didih, masukkan gula kacau sampai mendidih
Kemudian tutupkan api.
- Cedok agar-agar 1 cawan dan campurkan 1 ½ sudu milo. Kaler dia agak pucat jadi saya tambahkan 1 sudu teh pewarna coklat. Tapi kalau taknak tambah warna pun takpe.
- Kemudian tuangkan agar-agar milo tadi ke dalam loyang atau bekas. Bekas jgn besar sgt, guna bekas kecik je saiz 5 inci pun takpe baru agar-agar jadi tebal.
- Biarkan agar-agar ni keras.
- Sementara tu, cedok lagi 1 cawan agar-agar dan buatkan agar-agar milo tapi jangan tuang lagi dalam bekas. Yang ni asingkan untuk tuang last nanti.
- Baki agar-agar yang ada tu boleh lah campur pewarna atau biarkan je warna putih. Agar-agar ni tuang atas agar-agar milo yang dah keras.
Sebelum tuang, garukan dulu agar-agar milo tu dengan garfu supaya lapisan agar-agar melekat elok.
- Bila dah tuang semua agar-agar susunkan oreo dalam agar-agar warna putih ni. Kemudian tunggu agar-agar ni sejuk.
- Bila agar-agar ni dah sejuk, garukan denga garfu baru tuang agar-agar milo yang terakhir tadi.
- Tunggu puding betul-betul sejuk baru potong.
Nota : resepi ni untuk agar-agar berat 18 gm dan serbuk agar-agar berat 10gm.
Kalau agar-agar tali yang berat dia lebih atau kurang pandai2 la ejas sukatan air.
Agar-agar yang dah masak tu wajib tapis dulu sebelum tuang dalam loyang.
Kredit: Suraya Yaacob
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI