Puding Pandan Gula Merah Ala Shima Bakar, Lemak Manis Rasanya

Share

Puding pandan gula merah ini memang sedap. Lemak manis secukup rasa. Sekejap saja, gerenti dah licin. Simple saja bahan dan cara membuatnya.

Nak cuba? Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya yang telah dikongsikan oleh puan Shima Bakar ini.

Puding Pandan Gula Merah

Bahan-bahan:

Saiz loyang : 8 x 8 inci

Bahan Lapisan Pandan:

1 paket @ 10gm serbuk agar-agar 

Satu tin susu cair – boleh beli online di sini

1 kotak santan Kara 200 ml

150gm gula – boleh beli online di sini

250gm air pandan (1 cawan)

400gm air

1/2 sudu teh garam – boleh beli online di sini

Dua ketul kecil gula batu  – boleh beli online di sini

Lapisan Gula Merah:

1 sudu teh rata serbuk agar-agar 

50gm gula merah – boleh beli online di sini

350gm air

Sehelai daun pandan disimpul

Cara Memasak:

Mula-mula, masak lapisan santan. Kisar 6 helai daun pandan bersama 250gm air atau satu cawan air. Tapis untuk dapatkan 250gm air pandan. Ketepikan.

Dalam periuk, masukkan air daun pandan, susu cair, gula, air, serbuk agar-agar, garam dan gula batu. Kacau sebati. Gula batu tu optional. Kalau tak ada, tak perlu masuk. Gula batu tujuannya supaya agar-agar tak mudah berair selepas dipotong.

Nyalakan api dan masak hingga mendidih. Kemudian masak hingga mendidih. Kalau suka warna lebih hijau, boleh tambah beberapa titis pewarna hijau epal. Dah mendidih, barulah masukkan santan dan masak lagi hingga mendidih. Biar mendidih selama 1 minit.

Padam api dan tuang adunan dalam loyang 8 x 8 inci. Petua tak nak bagi mercik (adunan panas), tuang atas spatula.

Cedok buih-buih menggunakan penapis.

Sejukkan sebentar di luar. Bila dah agak dah suam, masukkan dalam peti ais dan sejukkan hingga agar-agar  mengeras. Anggaran 45 minit.

Sambil menunggu, sediakan bahan untuk lapisan gula merah.

Untuk menyediakan lapisan gula merah: Dalam periuk, satukan gula merah, serbuk agar-agar, air dan daun pandan. Kacau sebati.

Masak hingga mendidih. Biar mendidih selama 1 minit. Padam api.

Keluarkan puding pandan yang dah keras Cucuk-cucuk dan cakar permukaan puding dengan garfu.

Ini untuk memastikan lapisan agar-agar gula merah tak lekang daripada puding pandan. Tapis agar-agar gula merah dan tuang perlahan-lahan ke atas puding pandan.

Sejukkan dalam peti ais sehingga keras. Anggaran 1 jam.

Dah keras, keluarkan daripada peti ais. Nak keluarkan, sisip guna pisau tajam. Buat pada keempat-empat sisi dan hentak-hentak sedikit.

Kemudian terbalikkan atas papan kek. Potong ikut cita rasa dan hiaskan dengan potongan daun pandan jika suka. Selamat Mencuba.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

Published by
Nurul Azwa