Hidangan anda pasti menjadi lebih lengkap dengan adanya pemanis pulut yang menyegarkan ini. Aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. Puding yang satu ni bukan hanya mudah buat malah nikmat ditekak.
PUDING PISANG COKLAT
BAHAN-BAHAN (UNTUK MEMBUAT LAPISAN PUDING COKLAT):
Ads
500gm susu segar
80gm gula halus
25gm mentega
120gm coklat hitam | dipotong kecil
25gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit susu
UNTUK MEMBUAT LAPISAN KASTARD PISANG:
5 biji pisang emas | kupas dan potong kecil
200gm gula
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
500gm susu segar
4 biji kuning telur
2 sudu makan mentega
1 sudu teh esen perasa pisang
CARA MEMASAK:
Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.
INFO CHEF : Puding ini merupakan puding lembut dan seeloknya dihidangkan di dalam bekas puding yang sesuai. Bukan jenis agar-agar yang boleh dipotong.
Jika sebut nasi ayam, pasti biasa nampak warna nasi yang kuning dan ayam yang digoreng garing rangup.
Namun berbeza dengan nasi ayam Hainan, tekstur ayam lembut saja dan supnya jernih sedap.
Resipi nasi ayam Hainan yang dikongsi Zurina Zulkefli ini, sangat senang disediakan.
Resipi ini lengkap bersama lauk sampingan; tauhu telur masak sos thai, tauge hijau masak sos tiram dan ulam salad.
NASI AYAM HAINAN SPECIAL
BAHAN UNTUK SUP AYAM HAINAN:
1 ekor ayam 2 biji bawang merah sederhana besar – beli online di sini 2 ulas bawang putih – beli online di sini 2 sudu besar minyak masak – beli online di sini Rempah 4 sekawan Seikat/sesimpul daun bawang | cuci bersih, potong akar Dua hirisan halia | potong tebal 1 ketul kiub pati ayam Sedikit kicap cair (Light Soy Sauce)
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan 2 biji bawang merah sederhana besar bersama 2 ulas bawang putih. Kisar halus ya. 2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam periuk besar. 3. Tumiskan pes bawang kisar tadi sehingga pecah minyak. 4. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Nak senang, beli set terus macam ni. Campak aje dalam tu. Bunjut simpan tepi dulu, saya masukkan kemudian.
7. Masukkan juga seikat/sesimpul daun bawang (cuci bersih, potong akar), dua hirisan halia (potong tebal) dan seketul kiub pati ayam.
8. Tutup periuk, renehkan sup ayam ni selama 1 jam/ api sederhana. 9. Ini rupa sup ayam yang telah reneh, dah pun diperasakan dengan garam secukupnya. Dah guna kiub ayam, jangan memandai pula tambah ajinamoto atau secukup rasa, nanti sup rasa payau.
10. Saya dah potong ayam sebelah, sebelah tinggal dalam periuk, sebelah lagi saya guna untuk salut kicap cair dan kukus. 11. Sebelah ayam bersedia untuk dipotong.
12. Susun ayam yang telah dipotong ke atas pinggan dan tuang sedikit kicap cair (Light Soy Sauce). Bukan kicap masin ya.
13. Kukus untuk rasa kicap cair tu sebati dengan ayam. Kukus ni pun fungsi dia untuk melembapkan ayam setelah keluar daripada sup.
BAHAN UNTUK NASI AYAM:
2 sudu besar mentega/planta – beli online di sini Sedikit garam Sesimpul daun pandan Hirisan halia Sedikit lemak ayam potong sebelum ini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 2 sudu besar mentega/planta. 2. Basuhkan beras 3 kali dan buang air.
3. Masukkan sup ayam ke dalam beras (pandai-pandai sukat macam biasa masak nasi), masukkan mentega cair, sedikit garam, sesimpul daun pandan, hirisan halia dan sedikit lemak ayam potong tadi. 4. Siap! Nasi ayam hainan dia tak warna kuning sangat macam nasi ayam orang Melayu. Dia light-light je.
BAHAN HIDANGAN SAMPINGAN:
Tauhu telur Telur | dikacau-kacau Sos Thai Daun bawang | dihiris halus Tauge hijau 1 sudu besar minyak 1 sudu kecil sos tiram Garlic oil 2 biji cili merah besar 4 biji lada merah kecil 2 ulas bawang putih 1 sudu besar cuka makan 2 sudu besar sos cili Sedikit sup ayam
CARA MEMASAK HIDANGAN SAMPINGAN:
1. Yang ini tauhu telur, potong kemudian celup-celup je dalam telur kocak. Kemudian goreng.
2. Dah siap goreng, letak tepi. Panaskan kuali, masukkan sedikit sup ayam dan tuang sos thai. Bila sos dah pekat dan sebati, tuang di atas tauhu telur. Taburkan sedikit hirisan daun bawang. Siap.
3. Ini tauge hijau. Simple je cara masak, panaskan sesudu besar minyak masak, langsung campakkan tauge ni, goreng dalam seminit macam tu. Masukkan sesudu kecil sos tiram, kacau sebati. Siap.
4. Jangan lupa untuk beraroma, taburkan garlic oil.
5. Untuk sos cili hainan pula, kisarkan dua cili merah besar, empat lada merah kecil, dua ulas bawang putih, sesudu besar cuka makan, dan dua sudu besar sos cili. Sedikit sup ayam. Kisarkan sehingga lumat.
6. Kicap pula. Tumbuk lumat dua ulas bawang putih bersama satu hirisan halia. Masukkan kicap cair dan sedikit sup ayam. Siap.
Kalau ada banyak buah-buahan di dapur jangan risau tak termakan, sebab ini ada idea yang korang boleh manfaatkan buah-buahan tersebut menjadi Aiskrim Pops yang dah tentu anak-anak suka dan tak sabar tunggu aiskrim siap. Bila aiskrim menjadi siap dengan warna-warni dan pelbagai perisa buah-bauahan, mesti korang rasa macam tak percaya boleh buat aiskrim sendiri. Dah tentu-tentunya dijamin bersih dan jimat. Berikut RASA kongsikan tujuh resipi aiskrim pop yang boleh dicuba.
WATERMELON LEMONADE POPS
BAHAN-BAHAN:
1/3 gelas air
1/3 gula
½ cawan jus lemon segar
3 cawan buah tembikai | potong dadu
CARA MEMBUAT:
Masukkan gula dan air dalam blender dan biarkan lima minit untuk mencairkan gula.
Kemudian masukkan buah tembikai dan jus lemon.
Kisar hingga hancur dan sebati.
Tapiskannya, kemudian tuangkan air jus yang telah ditapis ke dalam acuan aiskrim pop.
Letakkan tangkai aiskrim, kemudian bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.
CHOCO BANANA POPS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan krim
2 sudu makan gula
1/2 cawan pisang masak | kisar
60gm coklat susu | potong dadu
CARA MEMBUAT:
Dalam periuk kecil panaskan krim bersama gula atas api sederhana.
Kacau hingga adunan panas dan berwap (tetapi tidak sampai mendidih).
Tutup api dan tambahkan coklat dan biarkan 15 minit.
Seterusnya campurkan pisang dalam adunan, gaul rata.
Tuangkan adunan aiskrim dalam acuan aiskrim pop dan letakkan tangkainya sekali.
Bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.
STRAWBERRY BUTTERMILK POPS
BAHANA-BAHAN:
1/4 cawan gula
1/4 cawab gula
1 cawan strawberi segar | potong dadu
1/2 cawan buttermilk
CARA MEMBUAT:
Masukkan air dan gula dalam blender dan biarkan lima minit, untuk menghancurkan gula.
Tambahkan strawberi dan buttermilk, kisar hingga halus.
Kemudian tuangkan dalam acuan pop dan letakkan tangkai sekali.
Bekukan semalaman di dalam freezer sebelum sedia dihidangkan.
MANGO SPICE POPS
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
2 biji mangga, kupas dan cincang (hasilnya 1 1/2 cawan)
1/2 sudu teh serbuk cili
2/3 cawan air limau nipis
CARA MEMBUAT:
Masukkan gula dan air dalam blender dan biarkan lima minit, untuk melarutkan gula.
Tambahkan mangga, air limau nipis serbuk cili ke dalam blender.
Kisar hingga halus dan sebati.
Tuangkan dalam acuan, dan letakkan tangkai dan bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.
PINA COLADA POP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nanas segar | dadu kecil
1/4 cawan air limau nipis
1cawan santan
CARA MEMBUAT:
Masukkan nanas, santan dan air limau nipis dalam blender.
Kisar hingga halus dan sebati.
Tuangkan dalam acuan aiskrim dan letakkan tangkainya sekali.
Bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.
Siapa suka makan Rojak Sotong Kangkung? Ha… Sedap kan? Jika biasanya anda beli je hidangan ni, anda pun boleh buat secara homemade. Memang terlajak mudah rupanya. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasa kuah rojak ni. Sedap!
SOTONG KANGKUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang | dicuci bersih
1 ikat kangkung muda | dicuci bersih
Bijan panggang secukupnya
Bawang goreng secukupnya
BAHAN SOS:
2 ulas bawang putih | tumbuk halus
2 biji cili merah | tumbuk halus
4 sudu makan petis udang
2 sudu makan sos hoisin
2 sudu makan sos plum
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
Gula secukup rasa
1 cawan air
Sedikit bancuhan tepung jagung | jika perlu
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong. Hiris nipis dan ketepikan.
Untuk sos, masukkan air, cili merah dan bawang putih. Didihkan.
Kemudian masukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati dan rasa. Jika perlu, tambah gula.
Didihkan sos. Jika cair, masukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya.
Angkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong.
Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya.
Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir, boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...