
Puding sejuk berlemak dengan rasa cendol, perrgghhh siapa tak suka. Usah dipelawa, pasti cepan licin dimakan. Sukatan gula tu tak payah manis sangat, kurangkan aje gulanya,ya.
Terima kasih Yatiememories dan UDA atas sumbangan resipi ni
PUDING LEMAK CENDOL

.
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 cawan tepung jagung
- 1 1/2 cawan gula pasir | boleh dikurangkan sedikit
- 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
- 2 helai daun pandan
- 500gm cendol | ditapis
CARA MEMASAKNYA:
1. Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan kedalam periuk.
2. Campurkan gula dalam adunan kemudian masak dgn api sederhana hingga sebati. Hendaklah sentiasa dikacau selama lebih kurang 20 minit.
3. Bila dah likat, masukkan cendol dan kacau sebati selama 5 minit lagi.
4. Sudukan dlm acuan lompang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak.
5. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.

.
PUDING LEMAK CENDOL
Sumber : yatiememories
Olahan : UDA
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Jom masak Sup Ayam hari ni. Istimewa Sup Ayam perkongsian saudara Yayar B. Awang Noh ini adalah ia menggunakan banyak bawang goreng yang ditumis secara berasingan dan kemudiannya dituang ke dalam sup semasa kuah mendidih.
Aromanya…fuhhhh….Sangat wangi dan menyelerakan. Sesuai bagi anda yang suka hirup kuah sup panas, yang mempunyai aroma yang wangi serta ada rasa manis-manis bawang. Memang tak jemu.
Jom cuba masak menu ni. Anda sekeluarga pasti sukakannya.
CARA MASAK SUP AYAM YAYAR
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam – potong kecil
Halia sebesar ibu jari – ketuk
7 ulas bawang putih – tumbuk
1 sudu lada hitam – tumbuk bersama bawang putih – beli online disini
1 sudu serbuk lada putih – beli online disini
3 sudu stok ayam – beli online disini
2 sudu serbuk rempah sup – beli online disini
1 bunjut sup – beli online disini
1 akar daun sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
7-8 biji bawang merah – hiris nipis
Minyak masak secukupnya
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
CARA MEMASAK:
1.Bersihkn ayam dan masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan-bahan lain kecuali garam. Masak hingga mendidih dan ayam masak sempurna.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dengan secukupnya dan goreng bawang merah hingga garing.
3. Masukkan bawang merah goreng bersama minyak gorengan ke dalam sup yang sedang mendidih.
4. Gaul sebati dan tabur hirisan daun bawang serta daun sup.

5. Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat dan Sup Ayam Tumis Darat sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Yayar B. Awang Noh
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Wanita Ini Kongsi Tip Sarapan Sihat, Berat Turun Dari 68 Kg Kepada 55 Kg

Bagi menyediakan hidangan sarapan, kita perlukan sesuatu yang menyihatkan tetapi tetap sedap. Jika sebelum ini kita kerap makan nasi lemak atau roti canai, kali ini apa kata kita makan pasta. Cara masaknya pula kita kurangkan minyak dan banyakkan sayuran.
Surirumah dari Shah Alam, Suria Rashid berkongsi empat resipi memasak pasta dengan cara yang sedap namun tetap sedap. Menurut Suria, sarapan yang sihat amat penting untuk memulakan hari dengan lebih bertenaga. Hidangan yang sihat tak semestinya tak sedap. Banyak cara untuk mengekalkan keenakan sesuatu makanan tanpa menjadikan ia sebagai satu makanan yang tinggi kalori.
“Sarapan sihat boleh tambah tenaga dan kawal pengambilan kalori. Semua orang perlu ambil sarapan untuk kekalkan kadar metabolisme badan. Pengambilan sarapan sihat penting untuk badan lebih sihat. Jangan sesekali skip sarapan,” katanya.
Ibu kepada tiga orang anak ini pernah bertambah berat badan sehingga 68 kilogram. Namun dengan mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga pengambilan sarapan yang tinggi khasiat, dia berjaya mendapat berat idaman iaitu 55 kilogram pada masa sekarang.
TIP PASTA LEBIH SIHAT
“Salad dan pasta adalah salah satu hidangan sarapan yang saya selalu makan. Ada cara untuk menjadikan pasta dan salad tu meriah, rasanya sedap dan tak muak ketika dimakan. Saya kongsikan tiga tip untuk kita masak pasta dengan lebih sihat,” kata Suria yang kini sedang cuba untuk kekal 50 kilogram sahaja.
1. Guna pasta organik dan pasta yang tinggi serat.
2. Elakkan penggunaan keju atau sumber krim apabila memasak pasta. Boleh ganti dengan minyak zaitun.
3. Masak pasta dengan pelbagai sumber serat seperti sayur.
PASTA SALMON

.
BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar
CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.
BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.
BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan
CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU

.
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
* Hidangan ini kurang sesuai untuk diet tapi boleh dimakan ketika cheat day. Jadi tak delah korang bosan sangat.
SALAD PASTA

.
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BERKRIM DENGAN UDANG

.
BAHAN-BAHAN
200 gram pasta bowtie
10 ekor udang saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (diracik)
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan krim keju
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1 cawan kacang pis
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul udang bersama garam dan lada hitam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan udang. Masak selama 2 minit.
5. Masukkan krim keju, perahan lemon, 1/4 air rebusan pasta dan kacang pis.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan pasta. Tuangkan kuah udang berkrim keju ke atasnya.
2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mecuba!
Untuk dapatkan lebih resipi, boleh dapatkan majalah RASA edisi Oktober pada harga RM7.20 senaskhkah di mana-mana kedai buku berhampiran anda.
2 Menu Ayam Masak Ala Kelantan Disukai Ramai.

Masakan tradisional Kelantan seperti ayam percik dan kerutup memang digemari ramai, namun kedua masakan ini bukan hanya sesuai di musim perayaan tetapi juga sebagai hidangan untuk makan tengahari atau malam keluarga. Kedua menu ini sebenarnya mudah disediakan, tak percaya anda boleh cuba ye, resipi ada disediakan di sini.

KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung | belah empat
- 3 sudu makan rempah kerutup
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan sos tomato
- 500ml santan pekat
- 1keping gula Melaka
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
- 5 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
- Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
- Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
- Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
- Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.

AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 batang serai | titik
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2cm halia
- 1 cawan santan pekat
BAHAN PERAP:
- 3 ulas bawang merah
- 2cm halia
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
- Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
- Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
- Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
- Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.

3. Masukkan bawang merah goreng bersama minyak gorengan ke dalam sup yang sedang mendidih.
4. Gaul sebati dan tabur hirisan daun bawang serta daun sup.
