Puding rose susu ini bukan sahaja cantik dengan lapisan putih dan merah jambu, tetapi juga enak
Lemak berkrim dengan rasa susu yang enak, puding ini sangat mudah dibuat dan sesuai untuk dijadikan hidangan selepas berbuka atau moreh.
800ml air
1 peket serbuk agar-agar (10g)
200ml susu cair
Sirap ros secukupnya (boleh tambah pewarna merah jambu jika perlu)
Gula secukupnya
1. Buat lapisan putih terlebih dahulu. Caranya dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, dan susu cair. Kacau hingga larut dan tidak berketul.
2. Masak atas api perlahan, masukkan gula dan kacau hingga larut. Sesuaikan tahap kemanisan mengikut cita rasa.
3. Ambil sedikit adunan agar-agar untuk lapisan putih. Sediakan acuan pilihan, basahkan sedikit supaya puding mudah dikeluarkan nanti. Tuang adunan putih ke dalam acuan sehingga ¼ penuh sahaja.
Jangan terlalu banyak supaya lapisan merah jambu lebih menyerlah. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk sementara menyediakan lapisan merah jambu.
4. Panaskan semula baki agar-agar dalam periuk dengan api perlahan. Masukkan sirap rose dan kacau hingga mendapat warna merah jambu yang diingini. Tutup api.
5. Apabila lapisan putih dalam acuan mula mengeras sedikit (tetapi masih lembap supaya lapisan melekat dengan baik), tuang perlahan-lahan adunan merah jambu hingga penuh.
Sejukkan semula di dalam peti sejuk sehingga puding mengeras sepenuhnya.
Selepas pudding keras, boleh keluarkan dan hidang.
Sisip bahagian tepi dengan jari secara perlahan. Jika perlu, gunakan lidi kecil (penyungkil gigi) di tepi puding, tetapi berhati-hati supaya puding tidak pecah.
Kredit resipi & foto: Syana Anuya Manmad
Baca Lagi: Resipi Puding Jagung Kampung. Mudah & Sedap