Puding antara sajian pencuci mulut yang cukup popular kerana ianya bukan sahaja mudah disediakan tetapi sedap dimakan. Ada berbagai jenis puding dengan pilihan aneka perisa. Kalau anda ‘mengidam’ nak makan puding roti berperisa jagung, boleh cuba resipi Puding Roti Jagung seperti yang dikongsikan oleh Nawar Azhar . Nak buat pun senang sangat!
PUDING ROTI JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
3 keping roti gardenia putih, buang kulit tepi
1 tin susu cair – BELI ONLINE
1 tin krimer jagung
Sedikit pewarna kuning lemon
Sedikit perisa jagung (optional)
(Ke semua bahan-bahan di atas dikisar sampai halus dan ketepikan)
10 gram agar-agar tali (rendam 1 jam) –BELI ONLINE
4 cawan air
1 cawan gula pasir –BELI ONLINE
2 ketul gula batu (sebesar ibu jari) –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Satukan air dan agar-agar tali dalam periuk. Masak sampai mendidih.
2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Didihkan sekali lagi sampai gula betul-betul larut.
3. Perlahankan api dapur. Tuang bahan yang di blend tadi. Kacau sebati.
4. Apabila larutan sudah hampir hendak mendidih, tutup api.
5. Tuang larutan puding dalam loyang atau acuan yang telah dibasahkan dengan air.
6. Biarkan puding suam dulu baru masukkan dalam peti sejuk.
INFO: Semua bahan-bahan sukat guna cawan dan sudu metrik. Jika suka puding keras sedikit, boleh kurangkan 1 cawan air.
Sumber kredit: Nawar Azhar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official