Roti semalam ada berbaki, jom kita buat puding roti karamel hijau Epal. Cantik aje kejadiannya warna hijau lah pulak.
Resipi dari Zuraini Saari Zue ni memang sedap dibuat pencuci mulut. Manis berlemak dengan susu cair, karamel tu masak elok-elok. Jangan terhangus pulak
Wadai Kararaban korang pernah nampak dan dengar tak nama kuih ni. Kuih tradisi dari suku kaum Banjar. Kaya berempah dan lemak santan cukup merangsang selera.
Jom follow resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam laman FBnya. Anak-anak muda rasanya ramai yang tak kenal kuih ni, hehehe. Mehlah belajar buat kuih ni adik-adik dan juga mak-mak juga, khazanah negara ini. Rugi kalau tak dipopularkan.
.
Kuih dari tepung beras ini unik dengan penggunaan rempah ratus kulit kayu manis dan jintan manis.
WADAI KARARABAN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 cawan santan pekat
Bahan B :
100g gula melaka dicairkan
secubit garam
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Bahan C :
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK : 1. Sangaikan jintan manis dan kisar halus , tapis dan ketepikan . 2. Satukan pula serbuk kayu manis , santan dan juga jintan manis tadi di dalam periuk . masak seketika menggunakan api kecil . 3. Tutupkan api dan ketepikan . 4. Satukan pula ke semua Bahan B kecuali daun pandan , kacau sebati . 5. Masukkan separuh adunan Bahan B ke dalam Bahan C . aduk rata . 6. Tambahkan daun pandan ke dalam baki Bahan B tadi dan masak atas api perlahan sehingga mendidih . 7. Pastikan adunan sentiasa dikacau . 8. Kemudian satukan Bahan B bersama Bahan A dan Bahan C . kacau sebati . 9. Panaskan kukusan . 10.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak ( sy guna acuan muffin ) . 11.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak . 12.Sejukkan sebelum dipotong .
Tauhu bergedel adalah kudapan yang sangat menyelerakan. Tauhu kering yang diisi inti kentang bersama ayam atau daging kisar, kemudian dimakan pula dengan sambal kicap, memang mengasyikkan.
RASA berikan resipi mudah untuk anda semua. Jom kita lihat resipinya.
TAUHU BERGEDEL INTI AYAM & SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN
5 biji ubi kentang (rebus dan lecek)
Minyak masak untuk memumis
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 pek isi ayam kisar
Garam secukupnya
Daun sup dan daun bawang (dicencang)
Lada hitam
Lada sulah
30 biji tauhu kering
3 biji telur ayam
CARA MEMBUAT
1. Rebus kentang. Kemudian lecek. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumiskan bawang holand sehingga layu.
3. Masukkan isi ayam.
4. Apabila ayam sudah masak, masukkan garam, daun sup dan daun bawang.
5. Masukkan lada hitam dan lada sulah. Kacau.
6. Matikan api dan angkat.
7. Masukkan bahan tumisan ini ke dalam bekas kentang lecek tadi.
8. Ambil tauhu kering dan potong bahagian atasnya.
9. Bentukkan bulat-bulat inti bergedel tadi. Masukkan ke dalam tauhu kering. Ulang sampai habis inti dan tauhu kering itu.
10. Ambil telur ayam. Pukul telur ayam dengan sedikit garam.
11. Celupkan tauhu ke dalam telur. Goreng dalam minyak panas dan banyak.
12. Angkat dan ulang sampai habis.
SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
10 tangkai cili padi hijau
4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Kicap secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng cili hijau, bawang merah kecil dan bawang putih.
2. Masukkan cili dan bawang tadi dalam pengisar.
3. Masukkan juga garam, gula dan kicap.
4. Kisar semuanya sehingga halus. Kalau pekat sangat, boleh tambah air.
5. Siap!
Kadang kita sebagai ibu ni jadi blur tak tahu nak masak apa untuk famili. Rasa macam semua benda dah buat. Sesekali, apa kata buat murtabak tapi jangan risau, tak perlu menguli tepung pun. Cuma perlu ada kulit popia sahaja. Ha, simple kan? Jom try.
MURTABAK POPIA
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
1 labu bawang holand | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
1 peket daging kisar
Sedikit air
1 peket rempah kari (saiz kecil)
1 batang lobak merah | disagat
1 biji kentang | disagat
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
2 biji telur ayam
1 peket kulit popia
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang holand dan bawang putih yang telah dikisar sehingga kekuningan
2. Masukkan daging. Gaul dan biarkan seketika serta letakkan sedikit air.
3. Masukkan rempah kari, lobak merah dan kentang.
4. Jika daging belum empuk, tambah sedikit air sampai rempah kari pecah minyak. Masukkan garam dan lada hitam.
5. Angkat adunan asingkan air daging jika banyak. Dalam bekas lain pecahkan telur ayam dan kacau.
6. Masukkan adunan sehingga adunan dengan telur ayam jadi pekat.
7. Sedia dilipat. Masak atas kuali yang diletak dengan sedikit minyak. Siap.