Musim hujan begini sedapnya dapat menikmati dessert kesukaan. Kalau dapat buat sendiri, lagilah rasa puas hati makan. Anak-anak pasti suka kalau buat puding roti ni. Tambah enak bila dimakan bersama sos krim, lemak manis rasanya.
1.Penyek roti dulu dalam dulang, lapik baking paper senang nak handle.
2.Pukul 2 biji telur dan 2 kotak susu coklat, tuang atas roti dipenyek tadi
3.Biar sekejap, biar roti semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.
Ads
4.Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dulu dalam 10 minit suhu 180′, dah panaskan oven bawa masuk yang dah ready dalam 30 minit suhu 180′,macam mana nak tau dah masak, susu atas keras, bau pun semerbak, cucuk dengan lidi tengok melekat atau tidak.
5.Selepas bakar, bagi sejuk, kemudian masuk peti sejuk.
Sos creamy
Bahan-bahan: 1 tin susu cair 1 tin air, sukat dalam tin yang sama 1/2 sudu tepung jagung 1 sudu tepung kastard 5 sudu gula
Piza adalah sejenis makanan barat yang mengenyangkan. Berasaskan roti dan di atasnya boleh diletakkan pelbagai bahan sebagai topping. Kalau suka sayur, letaklah sayur. Kalau suka daging, letaklah daging atau ayam.
Pun begitu, ramai yang suka makan piza namun masih ramai yang tidak tahu buat piza sendiri. Ada yang anggap buat piza sendiri susah kerana tiada kelengkapan. RASA berikan cara buat piza dengan mudah. Taka perlu uli pun. Hanya tekan-tekan dengan tangan saja.
DOH PIZA TANPA ULI
BAHAN-BAHAN
500 gram bread flour (tepung gandum pun boleh).
350 – 370 gram air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 gram pelembut roti
BAHAN TOPPING
Sedikit keju mozarella
Peppercorn
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan. Masukkan dalam bekas bertutup yang dah disapu minyak. Tutup dan setiap 30 minit tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 set. Tangan basahkan dengan air terlebih dahulu.
2. Sapu piza pan dengan mentega atau minyak masak. Tekan-tekan doh guna tangan sehingga memenuhi pan.
3. Cucuk bahagian tengah piza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Sapukan sos piza dan tabur keju mozarella. Boleh tabur sikit pappercorns.
5. Perap setengah jam. Bakar suhu 180°C sehingga masak.
Selain roti canai, capati juga menjadi kesukaan semua. Teksturnya yang lembut kalau dapat satu pun kenyang. Nak tahu bagaimana nak buat capati walau dah sejuk tapi masih lembut. Sha Yaacob berkongsikan resipi capati turun-temurun keluarganya selama 30 tahun.Rahsianya adalah bergantung pada jenis tepung yang diguna.Untuk adunan sekilo tepung ni dapat 23 biji capati. Bolehlah cuba nanti.
CAPATI
Bahan-bahan: 1 kg tepung atta (elok beli yang timbang, baru lembut elok dan original capati) kalau yang pek nanti capati keras. 1 liter air (kurangkan sikit tak apa, nanti keras boleh tambah air masa uli) 2 sudu kecil garam 1 sudu teh gula 2 sudu gula majerin sayur
Cara membuat: 1.Masukkan air dalam bekas, gula dan garam.Sebatikan. 2.Masak majerin sampai cair. Masukkan dalam bekas air tadi.
3.Uli jangan terlalu lembut, jangan terlalu keras.
240584340_3032170947101735_8167401240126474399_n
4.Siap rehatkan 30 minit, boleh buat bebola.Lagi elok doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut dan sedap dimakan.
Nampak mudah nak buat pizza roti burger ni, amat sesuai untuk dijadikan bekal anak ke sekolah, bekal nak ke pejabat atau buat jamuan hari jadi. Boleh berjimat, mudah nak buat dan cepat disediakan. Boleh cuba untuk menu makan malam atau hujung minggu. Selamat mencuba!
RESIPI PIZZA ROTI BURGER Bahan-Bahan:
Roti burger rm4.50 (10biji belah 2)
Bahan sos:
Tomato puree (kecil) jenama Tesco rm2.80
Lobak merah 2btg potong dadu rm1.50
Bawang besar potong dadu
Bawang putih 3 ulas dadu
3 sudu sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Daun sup 3btg hiris
Garam secukup rasa
Sosej ayamas sebungkos kecil potong nipis boleh letak byk2 rm3