Musim hujan begini sedapnya dapat menikmati dessert kesukaan. Kalau dapat buat sendiri, lagilah rasa puas hati makan. Anak-anak pasti suka kalau buat puding roti ni. Tambah enak bila dimakan bersama sos krim, lemak manis rasanya.
Puding Roti
Bahan-bahan:
2 kotak susu coklat
2 biji telur
Cara membuat:
1.Penyek roti dulu dalam dulang, lapik baking paper senang nak handle.
2.Pukul 2 biji telur dan 2 kotak susu coklat, tuang atas roti dipenyek tadi
3.Biar sekejap, biar roti semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.
4.Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dulu dalam 10 minit suhu 180′, dah panaskan oven bawa masuk yang dah ready dalam 30 minit suhu 180′,macam mana nak tau dah masak, susu atas keras, bau pun semerbak, cucuk dengan lidi tengok melekat atau tidak.
5.Selepas bakar, bagi sejuk, kemudian masuk peti sejuk.
Sos creamy
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin air, sukat dalam tin yang sama
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu gula
Cara membuat:
1.Buka api perlahan, kacau sampai kental.
2.Dah siap sejukkan letak dalam peti sejuk.
Kredit: Munirah Jasamai
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official