Puding Roti Krim Keju Bercoklat Cip. Manisan Citarasa Moden Yang Pasti Pukau Selera.

Share

Lebihan roti diolah menjadi pemanis mulut yang ringkas dan senang. Puding roti yang lembut dan gebu dengan rasa lemak keju dan coklat yang enak

PUDING ROTI KRIM KEJU BERCOKLAT CIP

BAHAN-BAHAN

  • 10 keping roti
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula perang
  • 250 gram krim keju
  • 1 biji telur
  • Coklat cip
  • Vanila Essence

CARA MEMASAK:

1. Potong 4 roti dan susun dalam loyang hingga habis.

2. Tuangkan susu segar atas roti. Rendam dalam 15 minit.

3. Pukul cheese sampai gebu dan masukan telur. Pukul lagi.

4. Dalam bekas yang lain masukkan gula perang dan essen vanila. Pukul lagi hingga sebati.

5. Masukkan adunan cheese ka atas roti dalam loyang tadi.

6. Taburkan coklat cip diatas roti

7. Bakar suhu 180 darjah, lepas 20 minit, turunkan ke 150 darjah. Bakar dalam masa 40 minit.

Nota: Oven guna kipas dan api atas bawah

Kredit resipi & foto: Maslina Meor Radhi

Published by
Nur