Puding Roti Marble, Sejuk Dingin, Nikmat Dimakan

Share

Cantik rupa dan sedap rasa. Puding memang sedap dimakan dingin. Ada pulak ramuan susu dan kastad memang super lazat. Adanya roti menyebabkan puding ini boleh menjadi sajian mengenyangkan.

Enak berkrim ni lah antara rahsia kesedapan resipi yang dikongsi oleh Cikpooja nih.

PUDING ROTI MARBLE


Bahan A

  • 1pek agar2 tali 20g
  • 7cwn air
  • 1cwn gula pasir

Masak dulu bahan A dalam periuk, bila dah masak sekata…kecikkan api, biarkan.

Bahan B

  • 5 keping roti
  • 1tin susu cair
  • 1/2cwn susu pekat
  • 1bj telur
  • 1sudu besar esen vanila
  • 1cwn tepung kastard(dibancuh dgn air sedikit supaya senang kacau n xberketui yea)

CARA MEMASAKNYA:

1. Masukkan semua bahan dalam blendere KECUALI TEPUNG KASTARD…
2. Kisar sampai halus .
3. Dah siap kisar… masukkan bahan kisar ke dalam bahan A yg dimasak td.. masukkan sekali kastard yg dibancuh td.. kacau2 sebati smpai agak likat yea…pas tu tutup api..

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut la nak boh berapa layer)
5. Empunya resipi Cikpooja buat 3 warna.
Plain
Hijau apple
Coklat (letak serbuk koko 3sb)

6.Lapiskann dgn cepat dan cermat,sebab adunan ni cepat beku
7. Dah siap lapisan,sejukkan dan masuk dalam peti ais… sejuk2 sedap makan

Kredit: cik pooja

Published by
Faridah Talib