Dapat pencuci mulut seperti puding atau agar-agar memang sedap. Tambah pula berwarna-warni macam ni, tambah selera nak makan. Jom kita buat puding sagu ni. Bahan-bahan nak buatnya pun mudah dapat.
1.Rendam biji sagu selama 2 jam,kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih,tuang dalam tapisan dan cuci di bawah air lalu untuk membuang kanji dan mengelakkan ia melekat.
2.Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian dengan pewarna yang di sukai,3 bahagian lagi biarkan warna asal (jernih).
3.Masak 1 liter air bersama serbuk agar-agar,gula,gula batu dan daun pandan hingga betul-betul mendidih,tuang susu cair,kacau sebati,tutup api.
Ads
4.Ambil 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam setiap bekas berisi sagu tanpa pewarna,kacau rata dan tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan sedikit air.Biarkan keras sekejap dan bila dah keras,kelar permukaan agar-agar dengan pisau atau cakar dengan garpu pun boleh.
5.Ambil 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan dalam bekas berisi sagu berwarna kacau sebati.
6.Tuang ke atas lapisan pertama tadi,biarkan keras sekejap,ulangi langkah yang sama sehingga adunan agar-agar habis.Simpan dalam peti sejuk.
*untuk setiap lapisan,masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 2-3 minit supaya puding mengeras~
Bebola keju ini istimewa kerana kejunya boleh ditarik panjang. Wah! Menarik ni. Cara nak membuatnya pun tak susah. Kos bahan pun taklah mahal sangat dan taklah murah sangat.
Tapi kalau nak beli, makan kos juga apatah lagi kalau ahli keluarga yang ramai. Nak lebih jimat sendiri. Puas makan anak beranak.
Cara Memasak: Ubi kentang dilenyek hingga lumat. Masukkan tepung gandum ke dalam kentang lenyek.
Ramas adunan sampai menjadi doh. Boleh tambah tepung gandum sikit demi sedikit sekiranya adunan masih lembik.
Bulat-bulatkan doh menjadi bebola. Leperkan dan masukkan kiub keju di tengahnya. Bulatkan semula doh. Bentuk belola sampai habis adunan doh.
Celupkan bebola ke dalam telur yang telah dipukul.
Kemudian golekkan bebola ke dalam serbuk roti hingga bersalut semuanya. Setelah itu bolehlah digoreng hingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Sedia dinikmati!
Nota:Boleh guna sama ada keju jenis mozzarella atau cheddar. Tapi nak kesan tarik panjang, kena guna keju mozzarella. Nak rasa lebih lemak dan kesan meleleh, boleh guna cheddar.
Siapa suka makan kek lobak merah? Mudah sebenarnya nak buat kek lobak merah ni, dengan hanya menggunakan sukatan cawan je.
Menerusi perkongsian daripada Kak Long Azzu Riana, kek ini boleh dimasak dengan cara kukus. Lagi sedap, bila makan kek ini dengan cream cheese leleh. Memang mabeless!
1. Putar telur dan gula sampai sebati. Kemudian, masukkan esen vanila, garam, susu pekat, susu cair, minyak, soda bikarbonat serta ovelet. Putar sampai kembang. 2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau bagi sebati. 3. Akhir sekali, masukkan lobak merah yang telah disagat. Kacau bagi sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan planta atau minyak masak. 5. Masukkan dalam kukusan yang airnya telah mendidih dan kukus selama 45 minit. 6. Untuk topping cheese leleh tu, saya guna cream cheese tatura, susu pekat manis dan susu cair. Putar semua bahan tersebut sehingga sebati. Tuang ke atas kek bila nak makan.
Puding laici ini antara puding yang sedap cuma jarang dijual, kecuali bulan puasa. Kalau teringin nak makan waktu sekarang memang kena buat sendiri.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Aida Sarina. Resipi ini dipelajari dari ibunya dan digemari oleh rakan dan ahli keluarga. Ada beberapa tip berguna yang turut dikongsi agar penampilan puding bukan saja sedap tapi halus mulus.
Cara buat puding laici sedap dan mulus tak berketul
Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
Bahan B
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul.
Ini cawan yang digunakan untuk menyukat
Cara membuat:
Campur semua bahan A, sebatikan dan ketepikan
2. Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
3. Bila bahan B sudah larut, kecilkan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih nanti berketul, kemudian tutup api.
4. Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil.
5. Selepas itu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.
Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk baru sedap.
INFO
Satu adunan ini saya masuk bekas tak penuh dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas.
Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yg lebih pejal/lembut, ikut preference masing-masing.
Kalau suka manis, boleh lebih kan gula. Ikut sukatan ini tak manis sangat, tak tawar sangat.
Sesiapa yang nak share, nak buat jualan, nak buat makan makan, silakan. Moga semua pahala sampai kepada mama dan abah saya.