Puding santan durian ini antara pencuci mulut yang wajib cuba bagi penggemar raja buah. Penggunaan perisa durian agar rasanya lebih ringan. Tapi jika mahu rasa durian asli boleh saja.
Kombinasi bersama susu dan santan menjadikan puding ini bukan saja kaya rasa, malah teksturnya halus berkrim dan cukup seimbang.
Resipi Puding Santan Durian
Bahan A
10g agar agar tali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 sb bes minuman berperisa durian*
1 keping roti**
2 – 3 ulas isi durian**
1 sb susu pekat manis**
1 tin susu cair**
Bahan B
10g agar-agar tali
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 biji telur**
1 kotak santan (200ml) **
1 sk bes minuman berperisa durian*
Sedikit esen vanilla** – jika suka
Cara penyediaan
1. Untuk membuat lapisan bawah puding, kisar bahan A yang bertanda. Ketepikan
Ads
2. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Kemudian masuk gula dan kacau hingga larut.
3. Tuang bahan kisar diikiti perisa durian. Kacau lagi dan biar masak seketika.
4. Masukkan dalam acuan atau loyang 8×8. Biar sederhana beku
5. Untuk membuat lapisan santan di bahagian atas, satukan bahan bertanda dan kacau hingga sebati. Ketepikan seketika.
Ads
6. Dalam periuk masak agar agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau.
7. Tuang bahan yang disatukan tadi lalu kacau. Biar sampai mendidih dan membuak hingga permukaan periuk. Kemudian perlahankan api.
8. Seterusnya tuang perlahan-lahan atas lapisan puding tadi. Bekukan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas keras, keluarkan puding dari Loyang dan potong ikut suka.
Tip RASA
Ads
Jika nak lebih rasa durian, boleh tambah isi durian dalam lapisan atas juga.
Roti memberi tekstur lembut & bantu puding tak mudah berair.
Aduhai bila tengok apam gebu dengan warna kuning menyengat macam gini, memang terliur rasa. Rasa satu memang takkan cukup. Tak berbaloi beli lebih puas masak sendiri. Buatnya pun tidaklah susah mana.
APAM JAGUNG LEMBAP
Bahan-bahan:
1 cawan jagung segar yg telah direbus
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 cawan santan
2 sudu teh yis
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
Cara memasak:
1.Rendam yis bersama sedikit gula ke dalam secawan air suam.Biar kembang.
2.Ayak tepung-tepung bersama baking powder, masukkan ke dalam mangkuk, ketepikan.
3.Kisar jagung tadi bersama gula dan santan. Kisar halus.
4.Masukkan secubit garam dan pewarna kuning. Tuang ke dalam mangkuk tepung
tadi.
5.Masukkan campuran yis tadi. Gaul sebati.
6.Perap selama dua jam.
7.Sapu acuan dengan minyak.
8.Panaskan kukusan, kukus 15-20 min.
Kredit : Mahani Hussain
Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.
Kuih Bunga Pudak adalah sejenis sajian asli tradisional popular di Kedah. Ia merupakan antara hidangan sewaktu kenduri dan musim perayaan. Namun kini, kuih ini agak sukar didapati malah tidak ramai yang memiliki kemahiran untuk menyediakannya. Jom cuba buat agar kuih tradisional ini tidak hilang ditelan zaman.
BAHAN KULIT:
1 bungkus tepung pulut
250ml air
1 sudu teh garam halus
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut | diambil bahagian putih sahaja
225gm gula pasir
Sedikit esen ros
Sedikit garam
Pewarna hijau, kuning dan merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan inti, gaul rata, warnakan dengan pewarna pilihan dan goreng tanpa minyak hingga kering.
Campurkan tepung pulut, air dan garam. Sebatikan dan biarkan seketika anggaran 1/2 jam.
Panaskan kuali dengan api sederhana panas. Ambil satu sudu makan adunan tepung dan masukkan ke dalam penapis kopi. Ayak ke dalam kuali membentuk bulat.
Masukkan inti ditengahnya dan lipat menjadi segi empat. Lakukan dengan berhati-hati kerana kuih ini sangat mudah hancur.
Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih :
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1/2 sudu teh garam
Daun pandan
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.
Bahan air gula :
Seketul gula melaka
1 cawan air
Sebatang kecil kayu manis
Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK :
Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.
*kayu manis boleh juga ditukar dengan hirisan halia. *air untuk air gula boleh tambah ikut citarasa manis yang diinginkan.