Minum petang hari ni terasa nak menikmati yang enak di tekak. Jom kita buat puding, panas-panas begini enak nikmati puding sejuk. Pasti tak cukup satu nanti.
Anggaran untuk botol gelas balang kecil (6-8 org)
Bahan-bahan:
Sekotak susu Full Cream (brand kegemaran anda)
1/2 kotak Whipping Cream (saya guna jenama Anchor Whipping cream kerana ia tidak manis)
5 sudu makan gula perang (jika suka manis, boleh tambah)
1 sudu makan madu (jika ada. Madu akan jadikan bancuhan lebih wangi)
1 sudu teh serbuk agar-agar tanpa warna.
1/2 mangkuk air suam.
Cara memasak:
1.Bancuh serbuk agar agar dengan setengah mangkuk air suam tadi hingga larut. Ketepikan.
2.Jerangkan susu dan whipping cream bersama gula di atas api perlahan. Sentiasa kacau bagi elakkan hangit di bahagian bawah.
3.Bila sudah nampak buih buih kecil di tepi tepi periuk..masukkan bancuhan agar agar tadi dan kacau perlahan sehingga semua sebati. Pastikan tidak mendidih. Hanya guna api perlahan.
4.Setelah semua sebati. Akhir sekali masukkan madu tadi.
5.Tapis ke dalam mangkuk lain dan tuangkan di dalam acuan pilihan.
6.Biarkan sejuk sebentar di luar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
7.Boleh juga dihias dengan topping seperti serbuk matcha atau karamel atau potongan buah buahan.
Selamat mencuba ❤
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Kuih Muih Homemade Tak Rugi Cuba
Koleksi resipi kuih muih Melayu sememangnya banyak jika disenaraikan. Semuanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Jika dibeli pun belum tentu sedap sepertimana dibuat sendiri. Lebih puas makan dimasak sendiri kerana kita tahu apa yang kurang dan lebih bahan yang mahu diletakkan. Keria Keladi tidak kurang hebatnya. Rasa setanding dengan keria gula melaka yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. RASA senaraikan kuih muih yang buat anda terliur.
Kuih Keria Keladi
BAHAN-BAHAN:
- 400gm keladi | kupas kulit dan rebus
- 150gm tepung gandum
- Sedikit pewarna ungu
- Garam secukupnya
UNTUK SIRA:
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan air kapur
CARA MEMASAK:
1. Keladi yang telah direbus dilenyek hingga lumat. Gaulkan dgn sedikit garam dan sedikit pewarna ungu.
2. Gaulkan keladi dengan 100 gram tepung gandum dahulu. Uli hingga sebati. Kalau masih lembik, barulah tambahkan 50 gram lagi tepung sedikit-sedikit hingga boleh dibentuk. Tinggalkan sesudu tepung untuk digunakan bila membentuk doh.
3. Bentuk lah doh menjadi seperti roda. Jika melekit bolehlah gunakan lebihan tepung tadi untuk diletakkan di tapak tangan supaya tidak melekat.
4. Kemudian goreng doh tadi dalam api yang sederhana. Balik-balikkan supaya rata di kedua-dua belah. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
5. Dalam kuali lain, didihkan gula bersama air dan air kapur. Masak sehingga airnya hampir kering dan melekit. Tutup api, alihkan dari dapur. masukkan kuih keria. Gaulkan kuih keria sehingga gulanya serata.
6. Sedia dinikmati.
LEPAT LABU
BAHAN-BAHAN:
- 180gm labu | dikukus dan dilecek
- 100gm tepung gandum
- 100gm santan
- 85gm gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 biji kelapa putih parut | digaul bersama sedikit garam
- Daun pisang yang dilayurkan
CARA MEMASAK:
- Gaul labu bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan santan dan garam. Kacau lagi sehingga semua bahan mesra.
- Ambil satu sudu makan adunan dan ratakan di atas daun pisang.
- Letakkan kelapa parut di tengah-tengah adunan dan tutupkan dengan sedikit adunan labu di atasnya.
- Bungkus memanjang dan kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak.
TALAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
- 3½ cawan santan
- 1¼ cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 1 cawan pisang | lenyek
- ½ sudu teh Garam
- Pewarna kuning secukupnya
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
- 3 cawan santan
- ¾ cawan tepung gandum
- ¼ cawan tepung jagung
- ¼ cawan gula
- ½ sudu teh garam
- 2 sudu makan air pekat perahan daun pandan
CARA MEMASAK:
- Guna acuan 9 inci. Sediakan lapisan bawah. Campurkan kesemua bahan, kecuali pisang lenyek, gaul sebati dan tapis.
- Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
- Masukkan pisang lenyek dan masak sehingga naik wap.
- Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
- Garu permukaan dengan garpu sebelum dituangkan lapisan atas.
- Untuk menyediakan lapisan atas. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan tapis.
- Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
- Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 minit.
- Sejukkan sebelum dipotong.
- Sedia dinikmati.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN DOH:
250gm tepung pulut
350ml air kisaran daun pandan
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau dan kuning
secukupnya
BAHAN INTI:
200gm kelapa parut putih
150gm gula merah
1 helai daun pandan
125ml air
Gula pasir secukupnya | jika suka
BAHAN KUAH:
400ml santan
1/2 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti, masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tambah jumlah air jika perlu.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sejuk sebelum dibulatkan sebesar guli.
3. Untuk kuah pula, campur semua bahan lalu dimasak sehingga pekat. Tutup api dan ketepikan.
4. Bagi menyediakan doh, larutkan garam ke dalam air pandan. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan warnakan.
5. Ambil sedikit doh dan leperkan. Letakkan inti kelapa di tengahnya dan dikelim rapat. Ulang proses sehingga doh habis.
6. Didihkan air dan masukkan doh yang dibulatkan tadi. Biar sehingga timbul di permukaan air.
7. Angkat dan toskan airnya. Masukkan ke dalam kuah yang telah siap dimasak tadi. Sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN A
(BAHAGIAN BAWAH):
2 cawan beras pulut | dibersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam
BAHAN BAHAGIAN B
(BAHAGIAN ATAS):
3 biji telur
500ml santan pekat
150gm gula merah
150gm gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bahagian pulut; masak beras pulut bersama santan.
2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan permukaannya supaya padat. Ketepikan.
3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Daging Masak Ros Dengan Perapan Lada Sulah & Garam Gunung, Sedapnya Lain Macam
Daging Masak Ros mungkin tak ramai yang mencuba resipi ini dirumah. Kalau ada makan pun selalunya di majlis2 kenduri. Apa kata anda buat sendiri resipi ini dengan menggunakan sos-sos dan garam gunung dari SAJI. Kelainannya memang dapat dirasai. Selain mudah dan ringkas, rasanyanya juga sangat sedap. Untuk lebih senang nak masak, lihat video yang disertakan dibawah.
DAGING MASAK ROS
BAHAN-BAHAN:
400gram daging lembu – perap dengan lada sulah & sedikit GARAM GUNUNG SAJI
2 sudu makan pes tomato (tomato puree)
2 sudu makan SOS CILI SAJI
3 sudu makan SOS TOMATO SAJI
Sedikit GARAM GUNUNG SAJI
1 biji bawang besar – belah empat
4 ulas bawang putih – kisar
3sm halia – mayang halus
1 tangkai daun bawang – potong panjang
MINYAK MASAK SAJI secukupnya
CARA MEMASAK:
- Goreng daging yang telah diperap selama sejam dengan lada sulah dan sedikit GARAM GUNUNG SAJI hingga keperang-perangan.
- Panaskan sesudu makan MINYAK MASAK SAJI di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan pes tomato, SOS TOMATO SAJI dan SOS CILI SAJI. Tumis seketika.
- Masukkan daging yang telah digoreng. Kemudian masukkan pula bawang besar. Tumis lagi hingga sebati. Tambah sedikit air jika perlu.
- Masukkan daun bawang dan kaup-balikkan.
- Tambah GARAM GUNUNG SAJI secukup rasa.
ANEKA RESIPI DAGING YANG BOLEH DICUBA:
Aneka Resipi Masakan Sembelihan Korban. Sedap & Mudah Disediakan.
Untuk resipi sila lihat video di bawah:
https://youtu.be/8Etigm_ejR4
Resipi Rempeyek Kacang Tanah Sedap Boleh Buat Untuk Kudapan Raya
Bila Syawal makin mejelang pasti ramai yang sudah sibuk menyediakan pelbagai kudapan untuk tetamu di hari raya nanti. Salah satu kudapan yang menjadi pilihan ramai adalah Rempeyek Kacang Tanah. Mudah sahaja cara pembuatannya. Saudari Wan Husniza Ayu ada kongsikan. Bolehlah cuba buat nanti. Boleh pilih sama ada nak buat Rempeyek Kacang Tanah atau Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis. Dua-dua sedap.
CARA MEMBUAT REMPEYEK KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung beras ( cap teratai ) – beli online disini
- 5 cawan santan ( diperah dari 2 biji kelapa )
- 2 sudu makan jintan manis – kisar kasar – beli online disini
- 2 sudu makan jintan putih – kisar kasar – beli online disini
- 2 sudu makan ketumbar – kisar kasar – beli online disini
- 2 sudu makan udang kering – kisar halus – beli online disini
- 1 biji telur gred A
- 7 ulas bawang putih – kisar dengan santan
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh air kapur – beli online disini
- Kacang tanah, kacang hijau, kacang dhal & ikan bilis
- Minyak masak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
1.Tepung beras di tapis terlebih dahulu untuk buang benda asing yang terdapat dalam tepung.
2. Satukan semua bahan kecuali kekacang dan ikan bilis.
3. Bancuhan yang telah siap diadun.
4. Masukkan anggaran 2 senduk bancuhan ke dalam mangkuk kecil. Masa nak mengoreng baru letak kacang dalam mangkuk. Sedia untuk mengoreng.
5. Tepekkan 1 sudu besar bancuhan di tepi kuali. Kemudian goreng Rempeyek hingga garing dan kekuningan.
6. Hasil Rempeyek yang siap dimasak.
INFO:
- 1 paket bancuhan tepung tu dapat lah dalam 3 balang @ 3 1/2 balang saiz 3600ml. Bergantung pada berapa besar saiz rempeyek tu.
- Rempeyek Kacang Tanah
- Rempeyek Kacang Tanah + Ikan Bilis
Kredit resipi & foto: Wan Husniza Ayu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak Yang Sedap Guna Resipi Mudah Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official