
Teringin nak makan manisan yang sedap dan mudah tapi nak buat sendiri sebab senang boleh makan berulang kali. Paling seronok kalau dapat buat manisan yang tak perlu sediakan bahan yang banyak sebab cepat dan mudah nak disediakan tak perlu nak fikir lama macam resepi yang dikongsikan oleh Norliza Bahari di Facebook ni. Resepi puding tiramisu ini hanya menggunakan 5 bahan sahaja! Yang paling penting anak-anak pun suka dengan manisan ni. Jom kita cuba resepi ini!
RESEPI PUDING TIRAMISU

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat –BELI DI SINI
1 tin susu sejat@cair –BELI DI SINI
5 tin air (guna bekas Tin susu tadi untuk sukat air
11 sudu makan tepung kastard penuh membukit. –BELI DI SINI
Biskut marie (nak sedap cari yang perisa kopi) –BELI DI SINI
Milo –BELI DI SINI
CARA PENYEDIAAN:
1.Masukkan susu sejat, susu pekat , air, dan tepung kastard ke dalam periuk kacau bagi sebati
2. Buka api sederhana. Kacau sampai pekat dan berkilat tutup api.
3. Masukkan ke dalam loyang secara berlapis mula dengan kastard, biskut lepastu tabur milo.
4. Ulang lagi kastard, biskut, Milo sampai lapisan atas biar tinggal kastard sahaja.
5. Kisar kasar sedikit biskut dan milo kemudian tabur untuk yang paling atas.
6. Siap! Masukkan dalam peti sejuk ..dah sejuk boleh dimakan!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit foto & resepi: Norliza Bahari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Puas Makan. Begini Cara Masak Kuah Oden Ala Family Mart
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Bubur Ayam Tambah Kangkung Goreng Belacan & Telur Masin, Rasa Dia Next Level

Bubur ayam memang sedap kalau makan kosong atau tanpa tambahan lauk lain. Tapi kalau nak rasa yang next level atau lebih sedap, boleh tambahkan lauk seperti kangkung goreng belacan dan juga telur masin. Makan tak cukup semangkuk.


Hidang bubur ayam panas, diganding hebat dengan sayur kangkung goreng belacan dan sambal belacan. Walau nampak simple aje, tapi percayalah pasti makan bertambah-tambah. Sungguh menyelerakan.
BUBUR AYAM
- Semangkuk beras
- 3 biji kentang
- 3 ketul ayam bahagian isi
- bawang goreng
- 2 ketul kiub pati ayam
- 2 sudu teh garam
- 4 renjis minyak bijan

CARA MEMASAK:
1. Basuh beras bersih. Selepas itu letakkan ayam di atas beras.

2. Isikan air 5 mangkuk yang sama sukat beras tadi. Masak sampai ayam empuk. Jangan gunakan api besar dan pastikan kacau setiap 5 minit untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.

3. Keluarkan ayam bila sudah empuk. Isi ayam disiat-siat halus .

4. Masukkan isi ayam yang sudah disiat dalam periuk nasi tadi. Masukkan kentang, kiub ayam dan garam. Kacau hingga sebati.

5. Masak sampai kentang empuk. Akhir sekali tabur bawang goreng dan gaulkan sampai masak.

KANGKUNG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
- *Cili padi
- *Bawang putih
- *Bawang merah
- *Belacan
- *Ikan bilis
- Kangkung

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semua bahan-bahan bertanda *.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu sos tiram 1 sudu dan secubit garam.

3. Masuk kangkung yang sudah dibasuh bersih dan kacau-kacau dalam 2 minit. Tutup Api (ingat tidak perlu tambah air)

SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah
- Cili merah
- Cili padi
- Belacan
CARA MEMASAK:
1. Gorengkan bahan-bahan sekejap.

2. Angkat dan tumbuk kasar.

3. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan bahan yang ditumbuk tadi. Masuk satu sudu gula dan sedikit garam. Masakkan sehingga kering.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Siti Nur Sahida Ibrahim
Buat Sendiri Kentang Goreng Sedap Ala K-Fry. Mudah Je Caranya

Resipi Kentang Goreng sedap ala restoran K Fry perkongsian saudari MasAyu Legacy ini nampak sangat membuka selera. Menurut beliau, tak puas menikmati hidangan ini di restoran, jadi beliau cuba menghasilkannya sendiri. Memang puas hati dan sangat berbaloi untuk dicuba kerana rasanya memang sangat enak! Cara membuatnya pun sangat mudah. Jadi, jom cuba. Anda pun pasti sukakannya.
RESIPI KENTANG GORENG SEDAP ALA RESTORAN K FRY

BAHAN-BAHAN:
Kentang sejuk beku
Daging cincang @ kepingan daging burger
Bawang besar – hiris – beli online disini
Daun bawang – hiris
Mayones – beli online disini
Lemon
Madu – beli online disini



CARA MEMASAK:
1. Goreng daging sekejap. Kemudian buang minyak. (Empunya resipi tidak ada stok daging cincang, jadi beliau gantikan dengan daging burger sahaja.)

2. Hancurkan daging tadi menjadi ketulan-ketulan kecil. Bila sudah siap, ketepikan.

3. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang dengan secukupnya, hingga masak.

4. Pada masa yang sama, boleh buat sos. Satukan mayones, madu dan jus lemon. Sukatannya ikut selera masing-masing. Jika suka rasa sos yang tajam (masam), boleh lebihkan lemon. Gaul rata.

5. Ubi kentang yang telah siap digoreng.

6. Letak campuran mayones tadi di atas kentang. Tinggalkan sedikit sos untuk digaul bersama daging.

7. Tabur hirisan bawang yang telah dipotong dadu.

8. Kemudian taburkan juga daun bawang dengan secukupnya.

9. Ambil daging yang dimasak tadi. Gaulkan dengan lebihan sos mayones.

10. Masukkan juga bawang dan daun bawang. Gaul rata.

11. Tuang ke atas ubi kentang tadi. Siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: MasAyu Legacy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/masak-singgang-daging-jadi-lebih-sedap-tambah-1-bahan-ni-comfirm-best/
https://www.rasa.my/kongsi-resipi-pulut-kuning-rendang-ayam-mak-sekali-masak-dapat-30-bekas/
https://www.rasa.my/resipi-kuih-bakar-lembut-garing-memang-sangat-sedap/
https://www.rasa.my/resipi-kek-buah-paling-mudah-hanya-guna-3-bahan-sahaja/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Pelbagai Jenis Sambal Bilis. Sedap & Mudah.

Orang kata, ikan bilis ni menu sementara menunggu gaji masuk. Kini tidak lagi. Ikan bilis pun mahal ye harganya. Jika dah bosan atau tak ada selera makan, ikan bilis ni boleh jadi lauk penyelamat. Ia boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan dan salah satu yang paling menambat selera ialah jika dimasak sambal. Memang padu! Makan dengan nasi panas je pun dah cukup menyelerakan. Jom cuba!
1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis | kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
2. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8.Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
3. SAMBAL GORENG JERING BERSAMA IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 300gm jering tua | hiris melintang
- 200gm ikan bilis | kopek
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 3-4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3 biji cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
2.Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili.
4.Kacau hingga pecah minyak.
5.Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi.
6.Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8.Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api.
9.Sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jering selain goreng boleh juga rebus dahulu, jika tidak mahu ia terlalu keras.
4. SAMBAL IKAN BILIS GARING

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | dikopek
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 15-20 tangkai cili kering | dikisar
- 1 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
5.Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
6.Masukkan pula hirisan bawang besar.
7.Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
8.Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF:
1.Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup.
2.Untuk pastikan pes cukup masam masin dan manisnya, pes akan bertukar warna merah menjadi merah kehitaman.
5. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
- 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
- 6 ulas bawang merah | dikisar kasar
- 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
- 10 tangkai cili kering | dikisasr halus
- 10 biji cili padi | dikisar halus
- 1 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
2.Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
4.Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
5.Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
6.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
6. SAMBAL BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis | dikopek
- 10 tangkai cili padi
- 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
- 1 biji limau nipis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Cuci ikan bilis dan toskan.
2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
7. SAMBAL BILIS BERTELUR

BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis | dikopek
- 2 biji telur
- 20 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
2.Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
3.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
4.Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
5.Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
6.Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.

