Puff Tuna Mayones Persis Dijual Di Bakeri Ternama. Wajib Cuba & Lihat Hasilnya.

Share

Anda penggemar pastri? Resipi ni pastinya anda harus cuba! Pastri yang rangup dan inti yang enak. Memang kombinasi yang mengasyikkan!

 

PUFF TUNA MAYONES

BAHAN-BAHAN:

  • Puff pastry secukupnya
  • Kuning telur secukupnya | untuk disapu atas puff

BAHAN INTI:

  • 150gm isi tuna (dalam tin) | toskan
  • 2 sudu makan mayones
  • 1 labu bawang besar | potong dadu
  • 2 biji cili merah | buang biji & cincang/hiris
  • Daun bawang secukupnya | cincang
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Keluarkan puff pastry (segera) dari peti sejuk dan biarkan ia pada suhu bilik. Ketepikan.
  2. Campurkan kesemua bahan inti dan gaul rata.
  3. Terap puff pastry mengikut cita rasa dan isi sesudu inti ke dalamnya. Tutup puff dan rapikan tepinya. Susunkan ke dalam dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung. Sapu sedikit kuning telur ke atas puff.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 10-12 minit atau hingga puff keperang-perangan.
  5. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Published by
Nur