Pernah cuba kuih Puli Ubi Kayu? Sejenis kuih yang dihasilkan dari ubi kayu dan dimakan bersama air gula melaka. Agak jarang dijual di kedai dan kebanyakan orang tua-tua sahaja yang minat dan kepakaran untuk hasilkan kuih ni. Bagi generasi muda, tidak ramai yang tahu. Sebelum resipi ini hilang ditelan zaman, jom pakat belajar buat dan kenalkan kepada anak-anak keunikan serta keenakan kuih tradisional Melayu ni.
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
- 150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
- 200gm gula merah
- 200gm gula pasir
- 150ml air
BAHAN SALUT:
- ½ biji kelapa parut
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
- Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
- Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
CUBA: