Pull Apart Cheese Bread Dengan Mentega Bawang Putih, Versi Sue M. Arukin

Share

Ni dia hidangan roti berkeju dan mentega bawang putih yang teramat sedap. Gabungan mentega bawang putih dengan keju mozarella lazat bertali memang padulah.

Boleh guna apa2 jenis roti pilihan tapi bagi Sue M. Arukin sebaik-baiknya guna sourdoughs bread (roti yang ada crust) atau jenis roti yang tak terlalu lembut. Ini adalah idea sajian pantas yang sesuai untuk sarapan dan juga makan malam atau bila-bila masa.

Kalau nak cepat , beli aja dari kedai roti dan bakeri.

PULL APART CHEESE BREAD



BAHAN-BAHAN

  • 1 biji roti sourdough (Kalau rajin buat sendiri, kalau kurang rajin boleh je beli dari kedai roti)
  • 200gm mentega – beli online DI SINI
  • 5 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 sudu makan cincangan parsley kering –
  • 1 sudu teh serbuk cayenne/paprika (jika suka pedas)
  • Parutan keju mozzarella secukupnya

CARA MEMBUAT :
1. Potong roti membentuk ‘diamond cut’ (rujuk gambar). Pastikan jangan potong hingga bahagian bawahnya terputus.


.

2. Satukan mentega, cincangan bawang putih, parsley & serbuk cayenne/paprika di dalam periuk kecil lalu cairkan.
2. Tuang (guna sudu) campuran mentega cair tadi ke celah-celah hirisan roti hingga semua bahagian terisi.
3. Sumbatkan parutan keju mozzarella dibahagian hirisan tersebut. Kemudian sapu bahagian atas roti dengan lebihan mentega cair tadi.
4. Balut roti dengan aluminium foil. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180C untuk 20 minit.


.

5. Selepas 20 minit, buka bahagian atas pembungkus aluminium foil tadi dan bakar lagi 10 minit. Hidangkan panas-panas. Puas memakannya.

Kredit resipi & foto : Sue M.Arukin

 

ANDA INGIN MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR ROTI, JOM LAYARINYA DI SINI.

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

 

 

 

 

Published by
Faridah Talib