Ada yang nak menyambut majlis kesyukuran? Selain kek lebih molek diserikan dengan pulut kuning. Pulut kuning digabung pula dengan rendang tambah lengkap majlis. Boleh masak Pulut kuning orang Kelantan. Ada manis,masin,lemak santan memang puas makan. Masak ikut resepi ini pasti menjadi.
PULUT KUNING KELANTAN
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1 ½ cawan santan pekat
1 sudu besar garam kasar
2 sudu besar gula
Ads
Bahan sampingan – pewarna kuning telur, 1 sudu kecil serbuk kunyit,2 keping asam keping/gelugur.
Cara memasak:
1.Basuh pulut sampai bersih dan rendam semalaman bersama kunyit,pewarna dan asam keping.
2.Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau, balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
Ads
3.Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata.
Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
Masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing,tak nak pun tak apa.
Bercadang nak masak pulut kuning tetapi tercari-cari resipi yang mudah untuk dicuba? Ha…Kalau macam tu, resipi pulut kuning perkongsian saudarai Nazra Queen ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang atau sambal tumis ikan bilis, perghh…memang terangkat habis!
PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
300gm beras pulut – basuh & tos air
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
Biasanya kalau masak nasi kabsah ni mesti ada acara khas atau ada tetamu istimewa nak bertandang ke rumah. Memang berselera kalau dapat makan menu ni, buatnya pun tak susah. Beras yang digunakan mestilah beras special untuk masak nasi arab ataupun beriani.Bila masak akan cantik dan tidak hancur. Bila dah cantik mesti selera orang tak sabar nak makan. Boleh ikut resipi yang dikongsi ini.
NASI KABSAH KAMBING
Nasi:-
4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
2kg kambing
2 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun pandan
Daun ketumbar
3 sudu majerin
6 sudu besar minyak (nak tambah minyak sapi pun boleh.Kalau guna lagi sedap + bau wangi
4 sudu rempah kabsah
Cara masak:-
1. Tumis halia, bawang putih + merah yang dikisar dengan rempah kabsah.Masukkan air ikut sukatan beras 4 cawan digandakan jadi 8 cawan. Sudah mendidih rebus daging kambing sampai lembut.
2. Rebus sampai daging kambing agak masak. Lepas tu, keluarkan daging kambing dan ketepikan
3.Masukkan beras dengan air rebusan tadi dalam rice cooker. Dan masukkan daging kambing susun di atas beras daun pandan,daun ketumbar.Tutup semula periuk. Biarkan nasi masak.
Sedapnya Nasi Kerabu Kuning perkongsian Dani J Thang ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal kelapa, tumis dan ayam percik. Biasanya kalau yang dijual di bazar, nasi kerabu yang nasinya berwarna biru. Kalau tiada bunga telang, boleh sahaja buat Nasi Kerabu Kuning ni. Sama sedapnya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat sesuai buat untuk berbuka.
CARA MASAK NASI KERABU KUNING SEDAP & MUDAH
BAHAN NASI: Beras secukupnya Air – ikut jumlah beras yang digunakan Kunyit hidup atau serbuk – beli online disini 1 batang serai – diketuk Daun limau purut yang dibuang tulang tengahnya
CARA MEMASAK: Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi iaitu: 1. Rendam beras dalam air kunyit. 2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras & daun limau purut. 3. Pakai pewarna makanan sahaja. 4. Untuk memasak, tanak nasi menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sampai masak.
BAHAN SAMBAL KELAPA: Ikan selayang / kembung – kalau ikan besar guna 2 ekor sudah cukup. Kalau kecil guna dalam 5-6 ekor 1 biji kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja 4-5 biji bawang merah kecil – beli online disini 3-4 ulas bawang putih – beli online disini Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Rebus ikan dengan sedikit garam. Bila sudah masak, asingkan tulangnya. 2. Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak dalam 10 minit lebih kurang. Jangan lama sangat untuk elak kelapa terlalu kering. Ketepikan. 3. Tumbuk isi ikan, kelapa parut dan bawang. Agak-agak pecah sahaja kecuali bawang perlu ditumbuk hingga lumat.
4. Masuk balik semua bahan yang ditumbuk ke dalam kuali. Perasakan dengan garam & gula secukupnya. 5. Buka api sederhana, kacau semua bahan hingga sebati anggaran dalam 5 min. Tutup api. Siap.
BAHAN KUAH TUMIS: 4 biji bawang merah besar 3-4 ulas bawang putih 1 biji bawang holland – beli online disini Cili kering sesuai kepedasan masing-masing – beli online disini 1 batang serai – diketuk 200ml santan – beli online disini Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa Budu
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan sehingga lumat 2. Ambil sedikit bahan kisar untuk perap ayam. 3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak (macam nak buat sambal) 4. Masukkan serai, santan & air secukupnya. Biar mendidih sambil dikacau sentiasa hingga santan masak cantik. 5. Semasa tambah air tadi, jangan banyak sangat. Kuah tumis ni nak kena sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Jika suka, boleh titiskan sedikit budu. Sesuaikan dengan selera. 7. Bila kuah tumis sudah masak cantik, padamkan api dan ketepikan.
BAHAN AYAM PERCIK SIMPLE:
Ayam Garam Bahan kisar yang asingkan sedikit tadi Kuah tumis
CARA MEMASAK:
1.Perap ayam dengan garam dan bahan kisar yang diasingkan sedikit tadi. 2. Bakar ayam. Bila hampir masak, ambik sedkit kuah tumis dan lumurkan pada ayam. Kemudian sambung bakar sampai masak. 3. Jika tiada arang, boleh masak cara ni. Sediakan kuali, letak sedikit minyak dan masukkan ayam yang diperap. Terbalikkan supaya tidak melekat. 4. Bila agak ayam sudah separuh masak, masukkan sedikit kuah tumis tadi. 5. Masukkan juga sedikit air. Biarkan mendidih sehingga kedua sisi ayam masak. 6. Teruskan masak sampai kuah tadi menjadi pekat. Siap. 7. Hidangkan nasi kerabu bersama hirisan ulam, telur masin, keropok ikan, sesuai selera anda.
BAHAN SAMPIMGAN YANG LAIN: Hirisan ulam (bunga kantan, timun, serai, kacang panjang, daun serai kayu – boleh pelbagaikan ikut apa yang ada) Telur masin Keropok ikan