Pulut Kuning Kelantan, Masih Lembut Walaupun Dah Sejuk

Share

Ada yang nak menyambut majlis kesyukuran? Selain kek lebih molek diserikan dengan pulut kuning. Pulut kuning digabung pula dengan rendang tambah lengkap majlis. Boleh masak Pulut kuning orang Kelantan. Ada manis,masin,lemak santan memang puas makan.  Masak ikut resepi ini pasti menjadi.

PULUT KUNING KELANTAN

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut

1 ½ cawan santan pekat

1 sudu besar garam kasar

2 sudu besar gula

Bahan sampingan – pewarna kuning telur, 1 sudu kecil serbuk kunyit,2 keping asam keping/gelugur.

Cara memasak:

1.Basuh pulut sampai bersih dan rendam semalaman bersama kunyit,pewarna dan asam keping.

2.Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau, balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.

3.Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata.

  1. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.

  1. Masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing,tak nak pun tak apa.

6.Siap untuk dihidang.

Kredit: Ismi Aishah

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa

Published by
Putri