Pulut Panggang Inti Sambal Ikan Sedap Rasa. Adunan Ini Untuk 20 Biji

Share

Petang begini sedap pula kalau dapat jamah pulut panggang. Tak perlu nak bakar memadai dengan panaskan di atas kuali leper. Pulut panggang @pulut lepo inti ikan menu minum petang sekeluarga hari ni. Kesedapan pulut panggang adalah terletak pada inti yang digunakan. Boleh guna inti udang mahupun inti ikan.

PULUT PANGGANG INTI SAMBAL IKAN

BAHAN-BAHAN:
(untuk 20 biji)

INTI SAMBAL IKAN:
4 ekor ikan selayang @ sardin
(direbus dgn asam keping & garam)


8 biji cili kering( dibuang biji)*-BELI ONLINE DI SINI
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
5 sudu besar gula pasir
1+1/2 sudu kecil garam halus
4 sudu besar santan pekat(KARA)-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit minyak untuk menumis

** Dikisar halus

CARA-CARA:
1) Tumbuk isi ikan rebus,ketepikan
2) Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak, masukkan santan pekat
3) Bahan tumisan dah nampak nak kering airnya,masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi
4) Perasakan dengan gula dan garam.
5) Masak api perlahan,sentiasa kacau sampai sambal kering & berderai
6) Sejukkan
7) Inti sambal ikan ni ada lebih,boleh buat untuk sukatan 4 cawan pulut.

** Sambal wajib rasa manis-manis sikit baru sedap

BAHAN-BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut
(basuh & rendam 2 jam)
1/2 cawan santan pekat(KARA)
2 sudu besar minyak masak

 4~5 sudu besar gula pasir


1+1/2 sudu kecil garam halus
Daun pisang secukupnya
(dilayur sekejap & lap bersih)

** Kalau guna santan fresh tak perlu letak minyak

CARA-CARANYA:
1) Kukus pulut selama 30 minit
2) Satukan santan pekat,minyak,gula & garam
3) Kacau smpai gula & garam hancur, kemudian kukus lagi 20 minit,siap

CARA PENYEDIAAN:
a) Sudukan 1 sudu besar pulut di atas daun pisang
b) Tekan guna daun pisang bagi rata
c) Letak 2 sudu kecil inti
d) Kemudian gulung kemas, cucuk lidi. (Kalau xde lidi, stapler je)
e) Lumur sedikit minyak di daun pisang sebelum panggang

SELAMAT MENCUBA!!

Kredit : Amiera Arissa

INGIN MENCARI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.

 

Published by
Putri Adila Saari