Pulut Panggang Pun Boleh Sejuk Beku, Sedap Pulak Tu

Share

 

Salah satu kuih tradisional yang sedap adalah pulut panggang. Kini boleh saja kalau nak makan pulut panggang sekerap mana pun sebab boleh disejukbekukan.

Kini pulut panggang telah diperbaharui resipinya yang membolehkan kuih ini disejukbekukan. Jadi, anda boleh menikmati pulut panggang pada bila-bila masa anda mahu. Cuma perlu dikeluarkan daripada peti sejuk, kemudian dipanggang sahaja.

PULUT PANGGANG

BAHAN PULUT
1 kg beras pulut
1 cawan santan (BELI DI SINI)


Garam secukup rasa (BELI DI SINI)

CARA MEMBUAT PULUT
1. Cuci beras bulut bersih-bersih. Rendam selama 30 minit. Kemudian kukus sehingga masak.
2. Keluarkan pulut yang sudah dikukus tadi. Gaul dengan sedikit santan dan garam. Kukus lagi beberapa minit.
3. Matikan api dan biarkan sejuk.

BAHAN INTI
7 tangkai cili kering (BELI DI SINI)
3 cm kunyit hidup (BELI DI SINI)
1 sudu besar udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 inci halia
2 batang serai (BELI DI SINI)
3 ulas bawang merah kecil (BELI DI SINI)
2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)


1 biji kelapa (diparut)
1 cawan air
Gula perang secukup rasa
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)

CARA MEMBUAT INTI
1. Kisar cili kering, kunyit hidup, udang kering, jintan manis, jintan putih, halia, serai, bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.
3. Masukkan air. Masak inti dengan api sederhana. Selalu kacau.
4. Masukkan gula perang dan garam. Kacau sehingga inti kering. Matikan api, ketepikan.

CARA PENYEDIAAN
1. Ambil pulut. Kepal-kepalkan. Letak inti. Kemaskan.
2. Gulung dalam daun pisang. Kemaskan. Kemudian klip dengan lidi atau dawai kokot (stapler)
3. Panggang atas api atau guna air fryer pun boleh. Siap.

Pulut panggang yang dah siap.

 

Beginilah rupanya.

Nota: Mana yang belum mahu dipanggang, masukkan dalam bekas plastik. Boleh simpan dalam peti sejuk untuk disejukbekukan.

Kredit Resipi: SuiSan Aliezsha

ANDA MESTI SUKA RESIPI INI

SAMBAL PETAI

SAMBAL TELUR HANCUR

JOM TONTON VIDEO MASAKAN INI

Published by
Maryam Elyas