Enak berlemak gabungan pisang, pulut dan santan yang terbaik.  Hidangan ini enak dihidangkan panas atau sejuk, terpulang pada cita rasa anda.

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 mangkuk pulut masak
  • 3 biji pisang berangan
  • 1 helai daun pandan
  • 3 mangkuk santan pekat
  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama pisang dan daun pandan.
  2. Masak atas api sederhana, Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
  3. Setelah pisang empuk, masukkan gula dan secubit garam sebagai penambah rasa. Apabila secukup rasa. Matikan api.
  4. Untuk menghidangkannya, skopkan pulut tawar ke dalam mangkuk.
  5. Kemudian tuangkan santan pisang tadi.
  6. Pulut pisang sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI