Musim PKP ini kena lebih kreatif dan tidak membazir. Fikirkan menu yang mudah dan mengenyangkan. Semalam teringin makan pulut tapi tak habis, kita simpan jangan pula dibuang. Oleh semula untuk membuat menu lain iaitu pulut sekaya. Caranya letak santan dengan garam pada pulut sedia ada dan kukus bagi mesra.
Pulut Sekaya
Bahan-bahan:
1.5 cawan
santan 1.5 cawan + 0.5 cawan air
Garam secukupnya
(Kukuskan selama 20 minit)
Untuk kepala
1 1/2 cawan gula kelapa
2 biji telur
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
Sedikit esen vanila
(Kisar semua sekali)
Cara memasak:
1. Pulut yang telah dikukus dimampatkan (tekan)
2. Tutup semua supaya wap naik
3.Setelah wap naik, masukkan bahan yang dikisar dan tutup rapat.
4.Biarkan 15 minit.
5.Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Cbah Ahmad