Dah lama tak makan kuih muih tradisi. Kesedapannya memang tiada tandingan berbanding kuih moden. Masak kuih ni ikut langkahnya pasti menjadi. Gunakan loyang bersaiz 8 inci.
Pulut Sekaya/Tok Aji Serban
Bahan-bahan lapisan bawah:
300g pulut (rendam 2 jam)
1 1/2 santan cair (anggaran pulut tu tenggelam sikit bila campur santan sebab selalu saya masak pulut tak ikut sukatan air atau santan. Agak-agak pulut tenggelam tu kira jadilah)
Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Selepas pulut direndam selama 2 jam. Kukus pulut bersama semua bahan selama 20 minit.Dah masak, Keluarkan pulut dan padat/tekan di dalam loyang yang digunakan untuk mengukus nanti. Kalau guna loyang yang sama, alaskan loyang dengan plastik untuk memudahkan mengeluarkan pulut. Atau boleh sapu loyang dengan sedikit minyak.
2.Dalam periuk lain, masak nisan dan gula bersama sedikit air sehingga semua cair. Masukkan daun pandan. Dah cair, tutup api dan sejukkan.
3.Kacau telur dalam bekas lain bersama garam dan tepung gandum. Masukkan santan dan nisan yang dicairkan tadi. Air nisan tapis dulu. Takut ada habuk.
4.Tabur sedikit tepung gandum ke atas pulut untuk melekatkan bahagian atas dan bahagian bawah bercantum dan tidak terpisah bila masak nanti.
5.Tuang adunan bahagian atas perlahan-lahan dan bolehlah kukus selama lebih kurang 25 minit sehingga masak. Tutup periuk pengukus dengan kain. Jika ada air yang bertakung di atas bahagian atas. Boleh diserap menggunakan tisu dapur.
6.Dah masak, tunggu sejuk dahulu baru dipotong. Wajib tau ikut rule yang ni. Barulah cantik bila dipotong.
Perkongsian resipi atas talian ( online ) menerusi laman sosial ini memang sangat ‘berhantu’. Kenapa admin cakap berhantu? Mana tak nya, sangat banyak resipi-resipi menarik serta mudah yang boleh dicuba sehinggakan ada sesetengah darinya menjadi tular. Semua orang nak cuba buat dan ‘post’ hasil masakan masing-masing. Ada yang menjadi elok, dan ada yang sebaliknya. Malah, perkongsian sebegini juga memperkenalkan kita dengan kawan-kawan alam maya yang baru serta menambah ilmu masakan.
Minggu ini resipi paling hangat di grup-grup masakan adalah APAM 3 BAHAN. Hanya guna tiga bahan mudah, anda boleh hasilkan apam yang enak dan gebu. Nak cuba buat juga? Jom lihat resipi perkongsian saudara Al Mizan Ibrahimini.
APAM 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan telur ( lebih kurang 3 biji)
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan gula hingga kembang. ( boleh guna blender).
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adun sebati. ( jika suka apam berwarna, boleh warnakan ikut warna kegemaran.)
Sapu sedikit minyak pada acuan. Tuang adunan apam.
Kukus lebih kurang 20 minit. Sedia untuk dinikmati.
Nota:
Setelah kukus selama 20 minit, cuba check apam. Jika tengah masih belum masak, kukus lagi hingga masak sekata.
Bagi mengelakkan air menitis diatas apam, tutup permukaan acuan menggunakan plastik. Kemudian, tutup penutup kukusan menggunakan kain juga. Barulah air tidak menitis.
INFO RASA:
Sebaiknya pukul telur dan guna menggunakan mixer & bukan blender.
Kuih Akok adalah antara kuih tradisional yang memang popular di bulan puasa. Rasanya yang lemak-lemak manis memang sedap! Untuk membuatnya, kuih ni biasanya dibakar. Namun ada cara mudah perkongsian saudari Halimatun As Saadiah Ismail yang boleh dicuba. Tak perlu guna arang pun! Guna sandwic maker sahaja.
RESIPI KUIH AKOK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Air gula yang telah disejukkan ( 1 cawan air dimasak bersama gula pasir, gula merah & daun pandan. Sukatan gula ikut kemanisan masing-masing)
2 sudu makan minyak masak
5 biji telur
Sedikit perisa pandan
Secubit garam
1/2 kotak kecil santan
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, perisa pandan, garam, santan dan tepung gandum. Kisar selama 2 minit.
2. Kemudian masukkan minyak masak untuk mendapatkan kesan kuning keemasan pada kuih setelah siap dimasak nanti.
3. Seterusnya tambahkan air gula yang telah disejukkan. Kisar sekejap.
4. Panaskan mesin pembakar sandwic dan tuang adunan secukupnya.
5. Bakar sehingga akok masak dan menjadi warna kuning keemasan.