
Suka makan Pulut Seri Muka, tapi selalu gagal bila cuba buat sendiri. Kali ini jangan risau, ini ada cara membuat gerenti jadi yang anda boleh cuba dan sukat pun guna cawan je. Kalau tak cuba tak taukan? Dan bukan sekali cuba itu sempurna kejadiannya, namapun baru belajar, kurang sikit-sikit boleh cuba lagi, lama gerenti tidak mengecewakan.
PULUT SERI MUKA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
Setgh cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
CARA MEMBUAT:
- Cuci pulut toskan masukkn santan & garam kukus dalam loyang selama 25minit) kemudian angkat dan tekan-tekan supaya padat.
- Masukkn semua bahan bahan bahagian atas dalam blend, kisar hingga halus.
- Kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dipadatkan tadi.
- Kukus 30 minit lagi, buka tutup kukus biarkan 5 minit hingga wap hilang.
- Angkat dan sejukkan.
Kredit :suisan SuiSan Aliezsha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amal Empat Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

Isi Kandungan
ToggleAduh, sakit betul bila senggugut datang. Bukan sahaja menjejaskan mood, malah ia juga boleh mengganggu rutin harian. Anda dah cuba pelbagai cara tapi sakit masih tak kurang? Apa kata cuba amalkan empat jenis jus ini, harap ia berkesan dan membantu untuk meredakan kesakitan senggugut anda.
JUS CAMPURAN NANAS DAN LOBAK MERAH
Gabungan buah nanas dan lobak merah yang manis dan segar ini bukan hanya boleh meredakan sakit perut tetapi juga membantu anda rasa lebih selesa semasa haid. Ia kerana nanas mempunyai kandungan bromelain yang membantu otot-otot dinding rahim menjadi lebih relaks, sementara kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak merah baik untuk kesihatan tubuh.
BAHAN-BAHAN:
- 1 potong nanas
- 2 batang lobak merah – beli online DISINI
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan madu | jika suka – beli online DISINI
CARA MEMBUAT:
- Masukkan kedua-dua bahan dalam pengisar bersama sedikit air.
- Kisar hingga halus dan tapis ambil jusnya sahaja.
- Jika ingin sedikit manis, boleh tambahkan satu sudu makan madu.
JUS CAMPURAN EPAL, LOBAK MERAH DAN OREN
Campuran epal, lobak merah dan oren bukan hanya enak sebagai kudapan tetapi juga enak dibuat jus. Anda wajar amalkan jus ini semasa haid kerana ketiga-tiga buah berikut kaya dengan vitamin C yang berfungsi membantu mencegah peradangan. Secara tidak langsung, ia mampu mengurangkan rasa sakit senggugut.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji epal hijau
- 2 biji oren | buang kulit dan biji
- 4 batang lobak merah
- 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
- Kisar halus dan tapis airnya.
- Sedap diminum secara sejuk.
JUS CAMPURAN BUAH AVOKADO DENGAN UBI BIT
Buah avokado dikatakan pereda senggugut yang baik kerana kandungan isinya berupaya menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga kaya dengan vitamin B6 yang membantu mencegah mood swing dan sakit-sakit badan. Ditambah dengan buah bit yang kaya dengan zat besi. Semasa haid, tubuh kehilangan beberapa mineral termasuk zat besi. Dengan mencampurkan buah ini, ia mampu menggantikan zat besi yang hilang itu.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah bit | saiz sederhana
- 1/2 biji isi buah avokado
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan madu
- 1/2 susu rendah lemak atau air
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Tapis dan sedia diminum bersama sedikit ais.
JUS CAMPURAN PISANG DAN BAYAM
Salah satu jus yang wajib anda cuba adalah jus campuran pisang dan bayam. Pisang kaya dengan vitamin B6 dan kalium yang membantu mengelakkan kembung. Ini kerana semasa senggugut, keadaan menjadi lebih teruk bila disertai dengan perut kembung. Sementara bayam merupakan antioksida yang berupaya menjadikan metabolisma badan menjadi lebih baik.
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan daun bayam mentah
- 2 biji pisang | saiz sederhana
- 150ml yogurt vanila
CARA MEMBUAT:
- Campaurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar halus.
- Hidangkan dengan mencampurkan ketulan ais untuk rasa lebih sedap dan sejuk.
Anda mencari JUICER? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Jus Sawi Nanas. Minuman Sedap Ikhtiar Untuk Kawal Kolesterol
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Resipi Chicken Chop & Sos Lada Hitam Homemade. Sedap & Tak Berminyak

Enaknya kalau dapat makan Chicken Chop. Kena pula dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga. Kuah Chicken Chop ni pun sesuai juga untuk lamb grill, stik atau meatball.
RESIPI CHICKEN CHOP HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN CHICKEN CHOP:
- Paha ayam secukupnya
- Telur
- Serbuk roti secukupnya – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Lapah paha ayam bagi mengeluarkan tulangnya. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.
3. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam guna api sederhana hingga garing dan kekuningan. Pastikan tidak guna api besar keraan ayam akan hangus dan isinya tidak masak.
5. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.
BAHAN SOS LADA HITAM:
- Bawang holland – beli online DISINI
- Bawang putih – beli online DISINI
- 1 biji ubi kentang – rebus – beli online DISINI
- 2 sudu makan mentega
- 1 kiub pati ayam – beli online DISINI
- Sos lada hitam secukupnya – beli online DISINI
- 1 sudu makan tepung gandum – beli online DISINI
- Lada hitam kisar secukupnya – beli online DISINI
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Potong dadu halus bawang holland dan bawang putih. Jumlahnya ikut kesesuaian ayam. Jika buat banyak, lebihkan.
2. Masukkan sos lada hitam, ubi kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula dan sedikit air. Kisar sebati.
3. Cairkan mentega dan tumis bawang dadu tadi. Masak hingga wangi.
4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Kacau sebati.
5. Tambahkan kiub pati ayam dan kacau lagi hingga sos berkilat. Rasa sos bagi memastikan ia cukup rasa.
6. Kepekatan sos boleh diubah ikut cita rasa. Jika suka cair, tambahkan air.
7. Hidangkan bersama Chicken Chop dan coleslaw.
BAHAN COLESLAW:
- Kubis – dibersihkan
- Lobak merah – dibersihkan
- Mayones – beli online DISINI
- Sedikit gula
- Sedikit air panas
CARA MEMASAK:
1. Ambil kubis dan lobak merah. Cincang halus. Boleh juga dipotong dadu kecil.
2. Masukkan mayones, sedikit gula dan sedikit air panas. Gaul rata.
3. Simpan Coleslaw di dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha
Tercari-cari pilihan KUALI NON STICK terbaik? Boleh pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Guna 3 Bahan Je. Ini Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Super Lazat & Mudah
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Kaswi Pandan Lemak Lemak Manis, Memang Buka Selera

Kuih muih Melayu memang istimewa cukup rasa dan lemak manisnya. Kuih kaswi antara yang disukai ramai. Bau haruman daun pandan sangat membuka selera. Kalau ada yang nak cuba membuatnya dikongsikan resipi oleh Siti Hadirah.
KUIH KASWI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum – beli online
- 1 cawan tepung ubi – beli online
- 5 cawan air daun pandan
- 1 cawan gula putih – beli online
- 1 sudu kecil air kapur
- Kelapa putih
- Garam – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Campur tepung gandum, tepung ubi, gula kemudian masukkan air daun pandan. Masukkan air kapur dan kacau lagi. Jika mahu lagi senang, kisar semua bahan ini dan kemudian tapis.
2. Panaskan periuk kukus air sampai mendidih.
3. Sapukan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.
4. Kukus selama 15-20 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan tuala kecil supaya wap air tidak masuk dalam adunan.
5. Selepas masak, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.
6. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dan garam. Kukus seketika lebih kurang 3 minit. Bolehlah gaulkan dengan kuih kaswi yang sudah siap dimasak tadi. Hidangkan.
Sumber kredit: Siti Hadirah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.
Resipi Telur Puyuh Balado Sawadikap Lauk Simple Ketika Malas
Campak-Campak Dah Siap, Resipi Mudah Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official