Pulut Seri Muka Gerenti Jadi, Sukat Guna Cawan Paling Senang.

Share

Suka makan Pulut Seri Muka, tapi selalu gagal bila cuba buat sendiri. Kali ini jangan risau, ini ada cara membuat gerenti jadi yang anda boleh cuba dan sukat pun guna cawan je. Kalau tak cuba tak taukan? Dan bukan sekali cuba itu sempurna kejadiannya, namapun baru belajar, kurang sikit-sikit boleh cuba lagi, lama gerenti tidak mengecewakan.

PULUT SERI MUKA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir


Setgh cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur

Secubit garam

CARA MEMBUAT:

  1. Cuci pulut toskan masukkn santan & garam kukus dalam loyang selama 25minit) kemudian angkat dan tekan-tekan supaya padat.
  2. Masukkn semua bahan bahan bahagian atas dalam blend, kisar hingga halus.
  3. Kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dipadatkan tadi.
  4. Kukus 30 minit lagi, buka tutup kukus biarkan 5 minit hingga wap hilang.
  5. Angkat dan sejukkan.

Kredit :suisan SuiSan Aliezsha

Published by
webadmin