Pulut serunding kelapa. Ia satu lagi kuih orang lama yang masih tetap ada peminat tersendiri.
Kalau beli, ada kalanya tak kena dengan selera kita. Nak puas hati, buat sendiri. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Norfazida Gda ini ye. Selamat mencuba!
Cuci beras pulut dan masak/tanak seperti biasa. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
Kisar semua bahan lain kecuali kelapa parut, udang kering, daun pandan, gula dan garam hingga sebati.
Ads
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan kelapa parut dan daun pandan.
Masak hingga hampir kering. Tambahkan udang kering dan kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak lagi hingga serunding betul-betul kering dan sejukkan.
Sekarang ni anak-anak tak kesekolah, mesti ramai mak-mak pening kepala tau tau nak masak menu apa lagi untuk sarapan atau kudapan minum petang anak-anak. Ini idea baik yang boleh mak-mak cuba Cucur Kentang, hanya guna tiga bahan dan hasinnya memang sedap, gerenti anak-anak suka. Boleh buat siap-siap malam, pagi tinggal goreng je.
CUCUR KENTANG BAHAN-BAHAN: 3-4biji ubi kentang | kupas kulit 8-10 sudu besar tepung jagung Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
Rebuskan ubi kentang sehingga lembut .
Toskan ubi kentang yang direbus tadi dan lenyekkan .
Tambahkan garam sedikit .
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit .
Bulatkan doh tadi menjadi bulat dan boleh digoreng .
Kuih Topi @ Cucur Topi. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Lebih terkenal di negeri Pantai Timur seperti di Kelantandan Terengganu. Jika di kawasan lain, ada yang panggil kuih ni dengan nama Cucur Jawa. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi tak ada yang jual, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je.
CUCUR TOPI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula – kurangkan jumlah jika kurang gemar manis
1 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).
3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust suhu api.
4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.
5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.
Berangan sarapan pagi di Terengganu! Admin kongsikan menu-menu ini yang merupakan masakan tradisional Terengganu yang menjadi pilihan masyarakat setempat, rasai keenakkan menu sarapan pagi seperti di Terengganu yang boleh dikatakan agak ‘berat’ dan mengenyangkan ini. Cubalah 6 resipi sarapan terpilih dari Terengganu.
ROTI BELUDA
BAHAN A:
500gm tepung gandum
1 liter air
1 pek yis mauripan
2 sudu makan gula pasir
BAHAN B:
7 – 8 biji telur
1kg tepung gandum
300gm gula pasir
1/3 tin susu cair
2 sudu makan mentega
4 sudu makan marjerin
2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan A dan digaul sehingga rata. Biarkan adunan naik sekali ganda.
2. Apabila doh sudah naik, masukkan susu cair, mentega dan minyak sapi. Gaul rata dan sebati.
3. Seterusnya masukkan doh ke dalam tin pembakar seperti tin susu yang telah digris dengan minyak sapi. Pastikan adunan doh dimasukkan ¼ daripada ukuran tin dan biarkan ia naik sekali ganda.
4. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
5. Apabila siap masak, keluarkan daripada tin pembakar dan sapukan dengan minyak sapi.
6. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sebaiknya bahan A digaul menggunakan tangan agar adunan menjadi sebati.
NASI KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut
500ml santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN GULAI DAGING:
1kg daging | dipotong kecil
240gm bawang goreng
3 biji ubi kentang | dipotong empat
1 paket rempah kurma
2 sudu makan bawang merah kisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1 sudu makan cili kisar (cili boh)
2 liter air
250ml susu cair
Sos tomato secukupnya
Puri tomato secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar |dipotong
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kukus beras pulut di dalam kukusan yang telah dialas dengan daun pisang.
2. Apabila wap telah keluar, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang lebih besar.
3. Seterusnya masukkan santan yang telah digaul bersama garam dan gula. Kacau sebati.
4. Kukus pulut semula sehingga masak sempurna. Ketepikan.
5. Untuk membuat gulai daging pula, perap daging bersama rempah kurma, bawang kisar, cili kisar dan bawang goreng selama 30 minit.
6. Kemudian panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau.
7. Seterusnya masukkan daging perap dan biarkan sehingga keluar air daging.
8. Setelah itu masukkan air, susu cair, sos tomato dan puri tomato. Biarkan sehingga daging masak barulah dimasukkan ubi kentang. Didihkan sehingga daging dan ubi kentang menjadi betul-betul empuk.
9. Akhir sekali, masukkan garam dan biarkan kuah menjadi pekat.
10. Sedia dihidangkan bersama nasi kuning.
INFO CHEF: Beras pulut hendaklah direndam dengan asam keping dan serbuk kunyit selama lima jam
BEKANG TELUR
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung beras
1.5 liter air
4 biji telur
BAHAN KUAH LEMAK:
1 biji kelapa | diambil santannya
120gm tepung beras
10 ulas bawang merah | dimayang halus
2cm halia | dimayang halus
1 sudu teh halba
Garam secukup rasa
BAHAN KUAH MANIS:
120gm tepung beras
1 keping gula Melaka
500ml air | boleh juga diganti dengan santan
CARA MEMASAK:
1. Untuk bahan bekang, sebatikan kesemua bahan dan masukkan ke dalam acuan bekang. Bakar sehingga bekang masak sempurna. Ketepikan.
2. Untuk bahan kuah lemak dan kuah manis, satukan kesemua bahan di dalam periuk berasingan. Didihkan sehingga menjadi kuah yang pekat.
3. Sedia dihidangkan bersama bekang telur.
INFO CHEF: Boleh juga tidak dimasukkan telur ke dalam bekang ini. Teksturnya lembut dan mudah dihadam.
NASI KAPIT SAMBAL IKAN
BAHAN-BAHAN:
3 bungkus nasi impit segera
BAHAN SAMBAL IKAN:
1 biji kelapa parut | digoreng sehingga kekuningan
5 ekor ikan selayang | direbus dan diambil isinya
5 biji bawang merah }
1 ulas bawang putih } dihiris halus
2.5cm halia }
1 batang serai }
2 keping gula Melaka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus nasi impit segera sehingga masak. Tos dan dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
2. Untuk sambal ikan pula, kisar isi ikan selayang, bahan dihiris halus dan gula Melaka.
3. Kemudian gaulkan bahan kisar tadi dengan kelapa parut.
4. Goreng sekejap sehingga menjadi betul-betul kering. Sesuaikan rasa.
5. Akhir sekali, biarkan ia sejuk seketika barulah ditumbuk atau dikisar separuh lumat.
6. Sedia dihidangkan bersama nasi kapit.
INFO CHEF: Untuk sambal ikan, jika mahu rasa lebih pedas, boleh saja ditambah lada hitam mengikut suka.
KOPOK STING (KEROPOK STIM)
BAHAN-BAHAN:
2kg isi ikan selayang
1kg tepung ubi
500gm tepung sagu
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk isi ikan sehingga hancur dan gaulkan bersama tepung ubi, tepung sagu dan garam sehingga boleh digentel.
2. Seterusnya rebus ikan sehingga masak, angkat dan tos.
3. Akhir sekali, masukkan ke dalam pengukus dan kukuskan apabila hendak dimakan.
INFO CHEF: Keropok lekor ini enak dimakan panas-panas bersama sos pencicah. Rasa ikannya juga jelas terasa.
JEPUT UDANG
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
200gm udang segar | dipotong kecil
1 biji telur
4 biji bawang merah | dihiris nipis
1 biji cili merah | dihiris nipis
Daun kucai secukupnya | dipotong pendek
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, udang segar, bawang merah, cili merah, kucai dan garam di dalam mangkuk.
2. Kemudian pecahkan telur dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati.
3. Bentukkan adunan doh menjadi bulat. Lakukan sehingga doh habis.
4. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sejukkan jemput-jemput sebelum dicucuk pada lidi sate.
INFO CHEF: Jeput atau juga dikenali sebagai jemput-jemput ini enak dimakan begitu sahaja. Ia juga digemari si kecil khasnya kerana rasa dan bentuk yang comel.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.