Siapa sangka wanita yang layak dipanggil nenek ini antara Top 12 Jagoh Rasa BABA’S. Raut wajahnya cukup tenang dan ketika diumumkan N.Pannershellvi A/P M Nadaraja antara peserta Top 12 berpelukan dia bersama anak perempuannya.

Pumpkin Crab Peratal Tambat Hati Juri. N. Pannershellvi A/P M Nadaraja Buktikan Air Tangan Ibu Adalah Masakan Terbaik

Pumpkin Crab Peratal Tambat Hati Juri. N. Pannershellvi A/P M Nadaraja Buktikan Air Tangan Ibu Adalah Masakan Terbaik

Saya sangat gembira dan teruja. Bersyukur kerana terpilih.Perasaan itu tidak dapat digambarkan. Ada rasa cemas,gembira dan sangat teruja bila berada di peringkat itu,

Pumpkin Crab Peratal Tambat Hati Juri. N. Pannershellvi A/P M Nadaraja Buktikan Air Tangan Ibu Adalah Masakan Terbaik

Ketika diberi masa 15 minit untuk tempoh penyediaan makanan, dia cukup tenang dan yakin. Melihat rentak gaya persembahan makanan ternyata Shellvi seorang yang berpengalaman luas dalam masakan.

Pumpkin Crab Peratal Tambat Hati Juri. N. Pannershellvi A/P M Nadaraja Buktikan Air Tangan Ibu Adalah Masakan Terbaik

Pumpkin Crab Peratal Tambat Hati Juri. N. Pannershellvi A/P M Nadaraja Buktikan Air Tangan Ibu Adalah Masakan Terbaik

Saya suka memasak dan mahukan pengalaman yang menakjubkan ini. Bukan itu sahaja, saya juga ingin berkongsi resipi saya dengan semua orang,

Jelas Shellvi, dia mula memasak dan menjaga keluarga sejak usianya 12 tahun. Dia merupakan anak sulung dalam keluarga jadi menjadi  tanggungjawabnya untuk menjaga adik-beradiknya pada usia yang sangat muda.

Ads

Sejak itu sehingga saat ini dia telah bekerja dan menjaga keluarganya. Dia berkahwin pada usia muda dan mempunyai seorang anak. Pasang surut dalam kehidupan dilalui dengan tenang kerana dia percaya bahawa sentiasa ada peluang dan sesuatu yang hebat menanti.

Menurut Shellvi, resipi yang dipilih adalah resipi warisan keluarga selama bertahun-tahun.

Saya belajar resipi ini daripada nenek. Jadi saya memutuskan untuk memilih resipi ini supaya saya dapat berkongsi dengan semua orang,

Pumpkin Crab Peratal Tambat Hati Juri. N. Pannershellvi A/P M Nadaraja Buktikan Air Tangan Ibu Adalah Masakan Terbaik

Satu petua yang selalu diikutinya sejak mula memasak ialah sentiasa memasak dengan penuh rasa kasih sayang. Percaya atau tidak ini akan membuatkan rasa makanan 10 kali lebih sedap.Mereka mengatakan makanan yang baik membawa kebahagiaan.

Jika menang, dia mahu memasak untuk semua dan memberi mereka rasa makanan yang enak. “Mungkin saya akan memulakan perniagaan kecil.Saya akan mencari jalan untuk berkongsi semua resipi yang saya pelajari daripada ibu dan nenek saya,”

 

PUMPKIN CRAB PERATAL

Pumpkin Crab Peratal Tambat Hati Juri. N. Pannershellvi A/P M Nadaraja Buktikan Air Tangan Ibu Adalah Masakan Terbaik

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ketam
  • 1/2 daripada labu
  • 2 biji tomato
  • 2 bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji halia
  • 2 cili merah
  • ½ genggam daun kari
  • 1 genggam daun ketumbar
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 sudu kecil biji halba
  • Garam secukup rasa
  • 5 sudu besar minyak masak

Serbuk BABA’S:

  • 4 sudu besar Serbuk Kari Ikan BABA’S
  • 2 sudu besar Serbuk Kari Daging BABA’S Hot & Spicy
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit BABA’S
  • 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih BABA’S
  • 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis BABA’S

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bersihkan ketam.
  2. Bersihkan labu dan potong kecil.
  3. Kisar bawang putih dan halia bersama.
  4. Cincang bawang dan tomato mengikut bahagian yang sesuai

CARA MEMASAK:

  1. Tuangkan minyak ke dalam kuali dan biarkan ia panas seketika.
  2. Masuk dan tumiskan biji sawi, biji halba, bawang besar dan tomato yang dihiris.
  3. Masukkan potongan labu yang telah dicincang dan tumis sedikit.
  4. Masukkan Serbuk Kunyit BABA’S, Serbuk Jintan Manis BABA’S, Serbuk Jintan Putih BABA’S, Serbuk Kari Ikan BABA’S dan Serbuk Kari Daging BABA’S Panas & Pedas.
  5. Masukkan garam dan air secukupnya dan biarkan mendidih seketika.
  6. Setelah labu nampak masak, masukkan ketam, cili merah dan daun kari.
  7. Tumis hingga bahan sebati.
  8. Biarkan ia mendidih dan masak.
  9. Setelah ketam masak,taburkan segenggam daun ketumbar dan hidangkan hidangan.

 

Ads

JAGOH RASA BABA’S

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.

Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.

Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.

JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.

Tempat Pertama: RM10,000

Ads

Tempat Kedua: RM5,000

Tempat Ketiga: RM3,000

Tempat Keempat: RM1,000

Saguhati: RM500 x 8 peserta

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI