Siapa sangka wanita yang layak dipanggil nenek ini antara Top 12 Jagoh Rasa BABA’S. Raut wajahnya cukup tenang dan ketika diumumkan N.Pannershellvi A/P M Nadaraja antara peserta Top 12 berpelukan dia bersama anak perempuannya.
Saya sangat gembira dan teruja. Bersyukur kerana terpilih.Perasaan itu tidak dapat digambarkan. Ada rasa cemas,gembira dan sangat teruja bila berada di peringkat itu,
Ketika diberi masa 15 minit untuk tempoh penyediaan makanan, dia cukup tenang dan yakin. Melihat rentak gaya persembahan makanan ternyata Shellvi seorang yang berpengalaman luas dalam masakan.
Saya suka memasak dan mahukan pengalaman yang menakjubkan ini. Bukan itu sahaja, saya juga ingin berkongsi resipi saya dengan semua orang,
Jelas Shellvi, dia mula memasak dan menjaga keluarga sejak usianya 12 tahun. Dia merupakan anak sulung dalam keluarga jadi menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga adik-beradiknya pada usia yang sangat muda.
Sejak itu sehingga saat ini dia telah bekerja dan menjaga keluarganya. Dia berkahwin pada usia muda dan mempunyai seorang anak. Pasang surut dalam kehidupan dilalui dengan tenang kerana dia percaya bahawa sentiasa ada peluang dan sesuatu yang hebat menanti.
Menurut Shellvi, resipi yang dipilih adalah resipi warisan keluarga selama bertahun-tahun.
Saya belajar resipi ini daripada nenek. Jadi saya memutuskan untuk memilih resipi ini supaya saya dapat berkongsi dengan semua orang,
Satu petua yang selalu diikutinya sejak mula memasak ialah sentiasa memasak dengan penuh rasa kasih sayang. Percaya atau tidak ini akan membuatkan rasa makanan 10 kali lebih sedap.Mereka mengatakan makanan yang baik membawa kebahagiaan.
Jika menang, dia mahu memasak untuk semua dan memberi mereka rasa makanan yang enak. “Mungkin saya akan memulakan perniagaan kecil.Saya akan mencari jalan untuk berkongsi semua resipi yang saya pelajari daripada ibu dan nenek saya,”
PUMPKIN CRAB PERATAL
BAHAN-BAHAN:
Serbuk BABA’S:
CARA PENYEDIAAN:
CARA MEMASAK:
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta