Durian memang sinonim dengan citarasa asia. Sebelum ini viral dengan aiskrim durian tetapi rupanya kita boleh buat sendiri puree durian dan makan dengan rasa puas hati.

Puree Durian Makan Dengan Aiskrim Vanila Gantikan Aiskrim Viral Yang Sudah SOLD OUT!

PUREE DURIAN

IKLAN
  • 1kg isi durian
  • 800ml air
  • 400gm Gula pasir**
  • 50gm Tepung jagung
  • 250ml Air
  • Sedikit pewarna lemon yellow
  • Sedikit perisa durian – jika perlu

 

CARA MENYEDIAKAN:

IKLAN
  1. Blender isi durian dan air hingga halus.
  2. Tuangkan dalam kuali/non stick pan atas api sederhana dan kacau.
  3. Letakkan gula dan terus kacau hingga sebati.
  4. Bila agak likat campurkan bancuhan air dan tepung jagung kacau lagi lebih kurang 10 minit atau hingga pekat.
  5. Masa proses ni puree akan meletup letup kecil. (Perlu berhati-hati takut melecur)
  6. Tutup api dan tuangkan dalam bekas kedap udara.
  7. Sudah sejuk boleh simpan dalam peti ais.

Puree Durian Makan Dengan Aiskrim Vanila Gantikan Aiskrim Viral Yang Sudah SOLD OUT!

IKLAN

**gula boleh dikurangkan jika isi durian yang digunakan jenis bagus dan manis.

Kredit: Sharmila Abu Samah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI