Durian memang sinonim dengan citarasa asia. Sebelum ini viral dengan aiskrim durian tetapi rupanya kita boleh buat sendiri puree durian dan makan dengan rasa puas hati.
PUREE DURIAN
- 1kg isi durian
- 800ml air
- 400gm Gula pasir**
- 50gm Tepung jagung
- 250ml Air
- Sedikit pewarna lemon yellow
- Sedikit perisa durian – jika perlu
CARA MENYEDIAKAN:
- Blender isi durian dan air hingga halus.
- Tuangkan dalam kuali/non stick pan atas api sederhana dan kacau.
- Letakkan gula dan terus kacau hingga sebati.
- Bila agak likat campurkan bancuhan air dan tepung jagung kacau lagi lebih kurang 10 minit atau hingga pekat.
- Masa proses ni puree akan meletup letup kecil. (Perlu berhati-hati takut melecur)
- Tutup api dan tuangkan dalam bekas kedap udara.
- Sudah sejuk boleh simpan dalam peti ais.
**gula boleh dikurangkan jika isi durian yang digunakan jenis bagus dan manis.
Kredit: Sharmila Abu Samah