Manisan ini adalah salah satu juadah berbuka puasa yang digemari ramai. Menggunakan bahan-bahan yang ringkas tetapi rasanya sangat enak. Popular sepanjang zaman.

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Untuk Doh Tepung Pulut:

  • 1 cawan tepung pulut
  • Pewarna merah jambu
  • Sedikit air

 

IKLAN

Untuk Kuah:

IKLAN
  • 1/2 cawan Melaka
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

  1.  Untuk menyediakan doh tepung pulut. Masukkan tepung pulut dalam mangkuk bersama sedikit garam.
  2.  Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas.
  3.  Tambahkan pewarna merah jambu dan uli lagi sehingga warna itu sekata.
  4.  Bentukkan doh seperti guli dan tekan tengannya.
  5.  Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan doh yang telah dibentuk.
  6.  Tunggu sehingga doh timbul, angkat dan masuakkan dalam bekas berisi air.
  7.  Sementara itu, di dalam periuk masukkan gula bersama air, biarkan mendidih hingga gula larut sepenuhnya.
  8.  Masukkan kelapa parut dan secubit garam, gaul rata.
  9.  Masukkan doh tepung pulut yang telah masak tadi.
  10.  Gaul rata. Tutup api dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI