
Cara paling mudah bila teringin makan puttu mayam sampai tidak perlu menguli doh sendiri.
PUTTU MAYAM
BAHAN-BAHAN:
- Sebungkus bihun
- Kelapa putih-diparut
- Gula merah
- Daun pandan
- Pewarna-ikut warna kesukaan anda
- Garam-secubit
CARA MEMASAK:
- Bihun direndam air suam yang diletakkan pewarna kesukaan anda selama 1 jam
- Semasa kukus renjis-renjis sedikit air dekat bihun. Kukus 15 minit atau sehingga lembut
- Kelapa putih parut digaul secubit garam
- Gula merah dihancurkan halus.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Noor Faezah Zaini
INFO: Ingin rasa lemak boleh renjiskan santan kelapa pada bihun ketika kukus.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Roti Expired! Buat Mini Sandwich Frozen Rangup Diluar Lembut Didalam
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Mi Rebus Simple Tapi Tetap Sedap

Mi rebus adalah salah satu jenis masakan mi yang sangat sedap. Rasanya memang sedap dan bercita rasa. Kuahnya pekat kerana ada keledek dan kentang. Ditambah pula dengan keenakan pedas-pedas cili potong.
Kalau dimasak dengan air rebusan daging legi sedap. Ditambah pula ada lemak tetel. Wow sungguh. Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi mi rebus. Namun beliau menggunakan ayam.
MI REBUS

BAHAN MI
1 peket mi kuning (rebus sekejap dan toskan)
2 keping tauhu (goreng dan potong kecil)
Daun sup (basuh dan hiris halus)
Cili besar hijau
Cili besar merah (jika suka)
Bawang goreng
Limau kasturi
Telur ayam (direbus dan dibelah)
Dada ayam (goreng dan dicarik. Boleh juga guna daging. Lebih sedap. Simpan airnya)
BAHAN KUAH
4 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 cm halia
1 biji keledek oren
2 biji kentang
1 sudu besar udang kering
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT KUAH
1. Cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Ketepikan.
2. Rebus keledek oren dan kentang. Toskan dan kiasar halus. Ketepikan.
3. Kisar udang kering. Ketepikan.
4. Panaskan minyak masak. Tumiskan cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi.
6. Masukkan air rebusan dada ayam. Biarkan mendidih.
7. Masukkan keledek oren dan kentang, udang kering dan biarkan mendidih.
8. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan garam. Biarkan mendidih, matikan api.

Letakkan mi, tahu, taugeh, daun sup, bawang goreng, telur rebus, cili potong dan ayam dalam mangkuk.

Jom makan!
KREDIT RESIPI: SuiSan Aliezsha
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.
Menu Paling Mudah, Sotong Kentang Goreng. Sedap Tak Hengat!

Menu malam selalunya hidangan tidak terlalu berat tetapi lain dengan menu mudah ni, jika dihidangkan tentu menjadi rebutan silap gaya tinggal pinggan kosong jer. Apa kata jika sotong masih berbaki dalam simpanan buatkan sahaja resipi ini untuk anak-anak gerenti laku keras!
RESIPI SOTONG KENTANG GORENG

BAHAN-BAHAN:
- Sotong basah 1/2 kilogram
- Kentang 5 biji
- 3 sudu tepung Bistari
- 3 Sudu Tepung Beras
- 1 biji telur
CARA-CARA:

1. Kentang potong panjang-panjang. Kemudian sumbat padat-padat dalam sotong.
2. Tepung Bistari campur dengan tepung beras dan telur sebiji. Bancuh seperti nak buat cekodok. Jangan pekat dan jangan pula cair.
3. Celup-celup sotong satu persatu dan goreng dengan api kecil. Dah siap goreng, makan dan confirm sedap!
Kongsi resipi: Khairil Bariah
Makaroni Bakar Cheese Meleleh Dapat Sepotong, Kenyang Hingga Tengah Hari

Hidangan sarapan apa yang mahu anda hidangkan buat keluarga? Sesekali buat menu yang mewah dengan limpahan keju pasti anak-anak pun suka. Buat makaroni bakar cheese ni memang kenyang hingga tengah hari.
MAKARONI BAKAR CHEESE MELELEH
Bahan-bahan:
2 cawan makaroni * rebus
1 tin sos spageti prego (perisa tradisional)
Lada hitam ajishio-beli online di sini
1 labu bawang besar – cincang
3 ulas bawang putih – cincang –beli online di sini
1/2 mince meat(nak guna semua pun boleh)
1/2 tin cendawan -potong dadu
1 biji carrot kecil- potong dadu
1/2 biji capsicum- potong dadu
(Olive kalau tak ada tak payah letak)
Cheddar cheese parut

Cara memasak:

1.Panaskan tiga sudu minyak,masukkan bawang dan bawang putih cincang, layukan.
2.Masukkan carrot dan daging. Kacau-kacau letak sedikit air untuk empukkan daging dan carrot masak dalam tiga minit.
3.Masukkan cendawan, capsicum, olive(kalau ada) kacau sekejap.
4.Masukkan sos prego kacau dan masukkan makaroni yang dah rebus.
5.Perisakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Garam letak sikit dulu sebab sos prego dan lada hitam dah ada rasa garam.
6.Boleh masuk dalam bekas alumunium saiz 7×7 dapat 2 bekas. Kalau tak ada, boleh guna loyang masak kek size 9×9
Bahan-bahan sos putih:
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
Sedikit garam
Cara memasak:
1.Masak dalam periuk hingga creamy lebih kurang 5 minit.
2.Tuangkan dan ratakan sos putih di atas makaroni.
3.Parutkan cheddar cheese(optional) kalau suka cheese yang banyak.
4.Lapis dengan cheddar slice atasnya.

5.Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 20 minit.
Kredit: Jija Mycomel
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official




