Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur sikap segelintir peniaga makanan di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang memberi nama jolokan ‘barang dalam kain’ kepada kuih Putu Halba semata-mata untuk melariskan jualan.
Mohamad Shukri berkata walaupun ia tidak bercanggah dengan hukum agama tetapi ia boleh mengundang persepsi negatif dan tidak menggambarkan akhlak orang Islam yang sepatutnya.
Ads
“Memang dari segi hukum ia tidaklah sampai kepada haram tetapi penggunaan nama jolokan dengan perkataan yang kurang manis itu menampakkan kita tidak berakhlak,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan segelintir peniaga di negeri ini yang menggunakan jolokan ‘barang dalam kain’ kepada kuih putu halba yang menjadi tular di media sosial sejak beberapa minggu lepas.
Kredit foto: Salleharon Ahmad
Katanya pemilihan nama yang baik adalah dituntut dalam Islam seperti mana pemilihan nama kepada seseorang individu.
“Banyak lagi nama jolokan yang baik boleh digunakan untuk kuih tersebut. Pemilihan nama kuih dengan jolokan ‘barang dalam kain’ itu berkemungkinan akan diterjemah dengan maksud yang tidak baik,” katanya.
Katanya peniaga perlu mengambil berat berhubung perkara tersebut kerana dibimbangi ia akan menjadi ikutan kepada orang lain selain boleh memberi gambaran tidak baik kepada peniaga di negeri ini.
Ads
Kuih putu halba sudah lama terkenal di Kelantan, sinonim sebagai makanan pilihan di musim tengkujuh dan biasanya dijual di gerai-gerai tepi jalan.
Kredit foto: Woyie Wona
Bagaimanapun kuih tersebut mendapat lebih perhatian selepas diberi jolokan kuih barang dalam kain kerana untuk memasak putu halba ia dimasukkan di dalam kain dan diwapkan sehingga masak.
Dua kuih pencuci mulut ini memang sedap dimakan bersama dengan air kopi atau teh. Rasa lemak manis dan kenyal memang enak dikunyah sebagai pencuci mulut.
Jika getas rasa manis dari disira gula, kuih abuk-abuk pula dari gula merah pula. Jom cuba buat sendiri memang puas hati lah kan.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN :
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1cawan air | atau secukupnya
1sudu teh garam
Bahan sira gula :
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat, nanti susah nak bentuk).
Uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa. Panaskan minyak masak dan gorengkan kuih getas.
Dalam bekas/kuali yang lain, masakkan pula air dan gula hingga berbuih..
Biarkan betul-betul pekat (apabila sudah berbuih) baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi, tutup api, kacau dan golekkan dalam gula tadi hingga kering. Biar gula melekat pada kuih.
Saiz hidangan : 20- 25 keping , saiz nuget
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Lemak manis dan lembut serta kenyal teksurnya
INFO CHEF:Apabila campuran air dan gula sudah berbuih, itu tandanya ia sudah pekat dan boleh dimasukkan kuih getas di dalamnya. Jangan lupa tutup api dan biarkan gula menyalut kuih dengan rata.
KUIH ABUK -ABUK
BAHAN-BAHAN :
2 cawan biji sagu
2 cawan kepala parut putih
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
Basuh sagu dan toskan 5 minit.
Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang lemak manis.
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
Apa yang anda boleh buat dari buah labu. Selain dibuat pengat atau bingka, boleh juga buat kimpu kueh. Kuih labu goreng yang lembut.Resepi dikongsikan Musyahadah Oo adalah turun temurun dari moyang.Dimakan ketika panas memang enak. Bolehlah cuba nanti.
KIMPU KUEH (CHINESE)
Bahan-bahan:
Labu kuning-sagat halus
Tepung gandum
Kucai
Bawang merah kecil dan bawang putih-hiris
Garam
Lada sulah
Air sejuk
Ajinomoto/perasa sedikit kalau suka
Cara membuat:
1.Campur semua bahan tadi.
2.Pastikan cukup rasa macam adunan cucur.
3.Goreng hingga kekuningan.
4.Siap dihidang dengan sos cili Thai/kampung koh cili.
Karipap kuih paling popular di Malaysia yang nampak senang tapi kalau salah buat akan dapat kulit yang keras atau terlalu rapuh. Resipi mudah turun temurun yang dikongsi ini akan membantu anda.
KARIPAP SARDIN
BAHAN-BAHAN KULIT:
1kg tepung gandum
1 cawan Minyak masak
Air suam (ikut adunan sampai lembut)
1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak sehingga panas
Tuangkan dalam tepung yangg telah diletakkan dalam dulang.
Air suam tadi letak sedikit garam supaya kulit ada rasa yg mantap
Uli tepung tadi bersama air suam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang cantik
Selepas sudah diuli letakkan di dalam beg plastik supaya tepung bertambah cantik
RESIPI INTI SARDIN:
1 tin besar sardin
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Minyak sedikit untuk tumis
CARA MEMASAK:
Sardin ditos kuahnya (jangan gunakan kuah)
Hiris halus bawang merah dan bawang putih.
Kisar cili kering bersama sedikit air
Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris tadi sehingga naik wangi
Letak cili kering yang dikisar tadi
Selepas cili sudah naik minyak, masukkan sardin bersama garam dan gula. Ikut cita rasa masing-masing. Sardin dilenyek dekat dalam kuali
Masak sehingga sardin naik minyak.
Angkat dan sejukkan.
Info: Boleh kelim karipap ikut cara yang anda sukai.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.