
Sekiranya anda teringin hidangan berkeju, cubalah buat Quesadilla Daging Kunyit Berkeju yang ringkas ini. Daging Goreng Kunyit diletakkan di atas tortilla dan ditaburkan keju menghasilkan satu menu yang cukup unik dan lazat. Kali ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt, gabungan empat jenis keju yang mencair dengan sempurna serta menambah rasa dalam hidangan anda. Rugi kalau tak cuba! Terasa puas dalam setiap gigitan.
QUESADILLA DAGING KUNYIT BERKEJU

Bahan-Bahan:
- 2-4 keping tortilla
- 250gram Perfect Italiano Perfect Melt
Bahan-Bahan Daging Kunyit:
- 200gram daging – dadu kecil & rebus empuk
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 2 tangkai cili kering – hiris kecil
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
- Untuk membuat daging kunyit; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Masukkan daging yang telah direbus empuk bersama serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng hingga sebati. Masukkan bawang besar, cili kering, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata hingga semua bahan masak sempurna. Ketepikan.
- Untuk membuat quesadilla; ambil sekeping tortilla lalu letakkan dalam kuali leper yang dipanaskan dengan sedikit mentega. Letakkan daging kunyit diatasnya dan ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Melt secukupnya. Ambil sekeping lagi tortilla dan tutup. Masak di kedua-dua bahagian (terbalikkan) hingga agak perang dan keju cair.
- Potong quesadilla dan hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Resipi Masakan India Yang Sedap & Kaya Aroma Rempah Ratus

Hidangan menu masakan India memang terbaik kerana kaya dengan aroma rempah ratus dan rasanya memang sedap.

Resipi yang dikongsi Puan Vasantha ini, sangat kena dengan tema hari Deepavali. Bolehlah cuba nanti.
SHRIMP & POTATO CUTLETS

BAHAN-BAHAN:
1 cawan udang | buang kulit & bersihkan
5 biji kentang saiz kecil | kupas kulit & rebus
1 biji bawang besar | dadu halus
¼ sudu teh pes bawang putih
1/8 sudu teh pes halia
1 biji telur
½ cawan serbuk roti
¼ cawan tepung serba guna
1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
¼ serbuk kunyit
½ sudu teh serbuk cili | kepedasan ikut cita rasa
¼ sudu teh serbuk ketumbar
¼ sudu teh garam masala
Secubit serbuk kulit kayu manis & lada hitam | jika suka
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar udang dalam mesin pengisar. Ketepikan. Lenyek kentang hingga hancur. Ketepikan.
2. Panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang merah. Apabila bawang layu masukkan pes halia dan bawang putih, kacau seketika.
3. Masukkan pula bahan rempah ratus, diikuti udang yang telah dikisar tadi. Lebih kurang 3-4 minit, perlahankan api.Masukkan kentang tadi dan gaul rata.
4. Kacau sebati, kemudian tutup api. Masukkan adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk. Setelah sejuk, bulat-bulatkan adunan lebih kurang bola pingpong, golekkan dalam tepung serba guna kemudian leperkan.
5. Celupkan dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan dalam serbuk roti. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, goreng aduan hingga keperangan dengan api sederhana. Setelah siap, hidangkan dengan sos kegemaran anda.
NASI BRIYANI

BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi | rendam lebih kurang 20 minit
2 sudu makan minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3-4 biji lada hitam
3cm kulit kayu manis
1 helai daun bay
1 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
2 sudu makan yogurt
2 sudu makan garam masala
1 sudu makan saffron | pewarna untuk nasi
BAHAN SAYURAN:
1 biji tomata | potong dadu
1 biji tomato | potong dadu
2 biji cili hijau | potong 2-3cm
Sedikit bunga kubis | potong dadu
½ sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bawang bersama garam masala, sedikit garam dan yogurt. Gaul rata. Tambahkan beras bersama bahan-bahan lain. Tambah saffron sebagai pewarna. Gaul rata dan tutup api.
2. Untuk menyediakan sayuran, masukkan minyak dalam kuali, garam masala, bawang goreng, tomato,serbuk cili, garam, hirisan bunga kubis dan kentang (separuh masak), sedikit yogurt. Tambah sedikit air, gaul rata.
3. Tuangkan sayur dalam periuk nasi elektrik, diikuti dengan bahan beras. Tambah air secukupnya dan tutup periuk nasi. Masak seperti biasa.
4. Setelah nasi masak hias dengan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
HOT & SPICY MUTTON FRY

BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | hiris, bersih dan tos
4 biji bawang besar | potong dadu
4 biji buah tomato | potong dadu
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus lemon
4 sudu makan yogurt
3 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
3cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili. Perap selama 30 minit.
2. Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
3. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari.
4. Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
5. Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi.
6. Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
PRAWNS MASALA

BAHAN-BAHAN:
1 kg udang saiz XL | buang kulit dan bersihkan
4 biji bawang besar | potong dadu
5 ulas bawang putih | cincang
3cm halia | hiris halus
2 biji tomato | potong dadu
2 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
½ sudu teh serbuk kunyit
4 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
1 sudu makan jus lemon
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan udang bersama sedikit serbuk lada sulah dan jus lemon. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan biji sawi dan daun kari, tambah bawang cincang.
2. Tumis hingga kekuningan, tambahkan pula halia dan bawang putih cincang, diikuti tomato. Setelah tomato layu masukkan serbuk kunyit, ketumbar dan garam masala.
3. Apabila tumisan pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata lebih kurang dua minit. Tambah sedikit air jika perlu dan lengkapkan rasa dengan menambahkan sedikit garam.
4. Setelah cukup rasa, tutup api. Masukkan udang dalam pinggan, hias dengan daun kari goreng. Udang sedia dihidangkan.
CHICKEN VINDALOO

BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil & cuci bersih
2 cawan bawang besar | cincang
1 cawan puri tomato segar
1 sudu teh serbuk kunyit
8-10 ulas bawang putih
3cm halia | hiris halus
1 sudu makan cuka makan
1 sudu makan pes kunyit
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI:
10-12 tangkai cili kering
2 sudu makan ketumbar biji
3-4 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
8-10 ulas lada hitam
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh biji sawi
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan. Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
3. Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
4. Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
IKAN PARI MASAK KETUMBAR

BAHAN-BAHAN:
1kg ikan pari | bersihkan & potong kecil
8-10 ulas bawang putih
3cm halia | hiris halus
4 helai puck acids
10 ulas bawang merah | cincang
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI:
15-20 tangkai cili kering
3 sudu makan biji ketumbar
4 sudu makan lada hitam
2 sudu makan jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan pari dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Kisar bersama halia dan bawang putih. Tambah sedikit air jadikannya pes. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah cincang hingga wangi.
3. Kemudian masukkan pes bahan rempah ratus tadi, kacau rata lebih kurang 10-15 minit. Masukkan ikan pari dan puck acids. Kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, sambil terus masak lebih kurang 10 minit lagi. Tutup api dan taburkan hirisan cili merah dan hijau serta percikkan sudu teh minyak. Pari Ketumbar sedia dihidangkan.
ONION RATTA

BAHAN-BAHAN:
3 cawan yogurt | boleh masukkan lebih jika suka
5 biji bawang Holland | cincang
5 biji cili hijau | cincang
3 biji cili padi | potong dua
1 biji timun | hiris
2 biji tomato| hiris
3cm halia | hiris nipis
1 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh biji sawi
1 tangkau daun kari | leraikan dari tangkai
Daun pudina seccukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rendam bawang yang dicincang dalam air selama 15 minit. Tos dan ketepikan. Goreng sangai biji sawi dan kisar . Ketepikan
2. Kisar yogurt bersama sedikit garam dan gula hingga lembut dan gebu teksturnya. Kemudian campurkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
3. Kemudian tuang yogurt tadi dan gaul rata. Taburkan. Sebelum dihidangkan taburkan daun kari dan pudina yang telah dicincang. Onion Ratta sedia dihidangkan.
BABY SPINACH WITH DHAL

BAHAN-BAHAN:
¾ Yellow Moong Dhal
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam seckup rasa
1.25 cawan air
2 cawan daun baby spinach | cincang
½ biji bawang besar | cincang
½ cawan tomato | cincang
½ sudu teh pes halia
½ sudu teh pes bawang putih
½ sudu teh jintan putih
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh chili flakes
1/8 sudu teh Hing (asofetadia)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1.5 sudu makan minyak sapi
1 cawan air suam
BAHAN TAMBAHAN:
2 sudu teh minyak sapi
½ sudu teh jintan putih
½ sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih kacang dhal. Rebus menggunakan periuk tekanan bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Setelah kacang lembut. Sejukkan dan kisar halus. Cuci bersih baby spinach (bayam kecil). Kemudian cincang. Ketepikan.
3. Campurkan bawang dan tomato. Seterusnya campurkanpes halia dengan bawang putih, kemudian ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak sapi dalam periuk, tumis biji sawi, Hing dan jintan putih,
5. Setelah wangi, masukkan campuran pes halia dan bawang putih. Kacau seketika.
6. Masukkan pula bawang besar, apabila bawang layu masukkan tomato dan rempah ratus yang lain.
7. Diikuti daun baby spinach dengan dhal yang telah dikisar. Kacau rata. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
WHEAT FLOUR HALWA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan minyak sapi
1 cawan tepung gadum
1 cawan gula
3 cawan air
½ cawan biji gajus | goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Setelah minyak sapi cair, masukkan tepung, gaul rata supaya tidak berketul di atas api sederhana.
2. Apabila adunan sudah sebati dan berubah warna keemasan. Tutup api dan ketepikan. Menggunakan kuali lain, masukkan satu cawan gula dengan tiga cawan air.
3. Tuangkannya ke dalam aduanan tepung tadi dan terus mengacau hingga sebati agar tidak bergentel.
4. Kemudian taburkan serbuk kulit kayu manis, gaul rata hingga masak. Sebelum hidang taburkan di atasnya dengan biji gajus yang telah digoreng.
KERAL STYE PAYASUM

BAHAN-BAHAN:
350gm gula Melaka
2 cawan kelapa muda | hiris halus
1 cawan susu cair
1 cawan beras | rendam
1 cawan kacang hijau | rebus
1 sudu makan garam
2 biji buah pelaga
1 sudu makan serbuk halia
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan buah gajus | goreng
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus buah pelaga. Ketepikan. Sementara itu campurkan beras dan kacang hijau, kemudian rebus menggunakan periuk tekanan supaya lebih cepat lembut.
2. Masak gula Melaka dengan satu cawan air hingga gula hancur, kemudian masukkan pula kelapa dan susu cair. Setelah hancur masukkan sirup gula Melaka dalam rebusan kacang dan nasi tadi.
3. Kacau rata dan masukkan pula minyak sapi dan serbuk kulit kayu manis di atas api sederhana. Perasakan dengan secubit garam, kemudian tutup api.
4. Di dalam kuali lain, panaskan minyak sapi. Goreng kismis dan biji gajus hingga kuning keemasan. Tuang dalam ke dalam adunan bubur.
Buat Sendiri Bebola Ikan dan Bebola Daging Homemade, Sedap dan Berbaloi

Bebola ikan dan bebola daging adalah antara makanan sejuk beku yang kerap ada dalam peti sejuk di rumah. Alangkah bagusnya kalau kita buat sendiri dua makanan ini secara homemade. Mesti berbaloi.
BEBOLA IKAN HOMEMADE

Bebola Ikan.
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa
1/2 Sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. 6. 6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Resipi daripada Telegram KakiMakan
BEBOLA DAGING MUDAH

Bebola Daging.
BAHAN-BAHAN
• 200 gram daging kisar
• 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
• Serbuk lada hitam
• Perasa dan garam secukupnya
• 2 senduk tepung ubi atau tepung jagung
• 1 biji telur ayam
• Air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian bulatkan ikut saiz kesukaan masing-masing.
3. Masuk dalam peti beku ½ jam atau 1 jam.
4. Keluarkan dan rebus. Pastikan rebus sehingga bebola timbul ke atas.
5. Bebola daging siap.
5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Selera Satukan Kita

Min gerenti korang mesti gemar makan sajian Cina. Setuju kan kalau Min kata sajian cina mendapat tempat di hati rakyat negara ini tanpa mengenal kaum. Menu masakan laut, tofu dan sajian kukus berasaskan resipi autentik cina telah menjadi sebahagian dari rutin pemakanan warga Malaysia.

Sempena hari kemerdekaan menjelang tiba ni, jom kita cuba reseipi dari Chef Imran Audi Mohd Yap dan Firman Fauzi dari restoran Chicken Rice Guys (CRG), di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Ini bukan resipi biasa ya,tapi diwarisi dari nenek moyang mereka yang berketurunan Cina.
STIR FRIED BLACK PEPPER BEEF

BAHAN-BAHAN :
- 100 gm daging | dihiris nipis (bahagaian batang pinang)
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan lada hitam | serbuk kasar
- 1 biji bawang | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | diketuk
- 2.5 sm halia | dihiris
- 3 biji cili api | diketuk
- Sedikit daun bawang | dipotong 2 sm
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, biarkan hingga naik bau wangi.’
3. Kemudian masukkan daging ke dalam kuali.
4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada, cili api, daun bawang dan bawang besar.
5. Tumiskan dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukp rasa
6. Apabila daging empuk, padamkan api.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Gabungan rasa pedas lada hitam dan sos tiram yang lazat
INFO CHEF : Untuk melembutkan daging , perapkan dengan gula, garam dan minyak masak dan biarkan untuk 2- 3 jam.
STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI

BAHAN-BAHAN :
- 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
- 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
- 50 gm brokoli
- 1/2 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dihiris
- 4 sm halia | dihiris
- 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
BRAISED GINGER CHICKEN WITH MUSHROOM

BAHAN-BAHAN :
- 1/2 ekor ayam | dipotong lapan bahagian
- 3 biji cendawan shitake | dihiris nipis
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 500ml air masak
- 5ulas bawang putih | dicincang
- 3 sm halia | dihiris nipis
- 8 sudu makan kicap pekat
- 4 sudu makan kicap masin
- 4 sudu makan kicap manis
- 4 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
- 2 biji bawang besar | dibelah 4
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia, biarkan hingga bau wangi.
3. Masukkan ayam ke dalam kuali
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap masin dan kicap masin.
5. Masukkan air masak.
6. Masukkan cendawan shitake yang telah dihiris.
7. Tutup kuali dengan penutup dan biar didih sehingga ayam masak
8. Perisakan dengan gula dan garam
9. Taburkan daun bawang dan bawang besar yang telah dipotong, kacau sebentar. Padamkan api.
10. Hidangkan bersama nasi putih yang panas.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Keistimewaan :Sajian asli cina yang menyatukan 4 jenis kicap
INFO CHEF : Biarkan mereneh dalam keadaan kuali bertutup supaya cepat masuk dan lebih sebati rasanya
HOKKEIN PRAWN MEE

BAHAN-BAHAN :
- 500gm mi kuning | dicelur dalam air panas
- 10gm taugeh
- 10gm sayur kangkung
- 2 biji telur rebus | dibelah dua
- 10 gm dada ayam | direbus
- 12 ekor udang saiz sederhana | direbus
- 5gm bawang goreng
Bahan kuah udang:
- 1kg kulit udang
- 1liter air
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
Bahan sambal:
- 50gm bawang putih | dikisar halus
- 150gm bawang besar | dikisar halus
- 4 sm halia | dikisar halus
- 50gm cili padi merah | dikisar halus
- 100gm cili kering | direbus dan dikisar halus
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara memasak sambal:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis kan bawang putih, bawang besar, halia sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi merah dan cili kering, tumis hingga pecah minyak dan garing.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cara memasak kuah udang:
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Tuangkan kulit udang kedalam periuk
3. Tumiskan sehingga kulit udang tukar berwana merah
4. Tuangkan air kedalam periuk
5. Biarkan mendidih selama 2 jam, tudungkan
6. Letak garam dan gula secukup rasa. Padamkan api.
Cara hidangkan mi udang :
1. Celurkan mee kuning, tauge, kangkung\
2. Susun ke dalam mangkuk sekalikan dengan isi ayam, udang dan telur rebus
3. Letakkan sambal di atas mi tersebut
4. Tuangkan kuah udang yang panas
Saiz hidangan :4 orang
Waktu memasak : 2 jam
Keistimewaan :Mi udang dengan sup yang pedas dan manis
INFO CHEF : Anda boleh juga menambah pelbagai makanan laut lain seperti ketam, lala atau kepah untuk mendapatkan lebih rasa kemanisan makanan laut dalam kuah tersebut.
AYAM STIM HAINAN

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | berat 2 ke 2.2 kg
- 5 sm halia ketuk
- 3 liter air | atau paras ayam boleh tenggelam
- 5 batang daun bawang | dipotong panjang
CARA MEMASAK :
1. Basuhkan ayam dengan bersih
2. Masukkan air hingga ayam boleh tenggelam
3. Masukkan halia, taburkan daun bawang
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ayam dan kecilkan api dan biarkan ia mereneh selama 30minit
6. Selepas ayam masak, angkat ayam dan rendam di dalam bekas yang berisi air dan ais selama 20 minit
7. Toskan. Sewaktu menghidang, tuang sedikit air rebusan ayam yang masih panas dan dimasak tadi.
Saiz hidangan : 10 orangng
Waktu memasak : 1 1/2 jam
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi ayam
INFO CHEF : Terdapat pelbagai versi ayam stim hainan selain merebus dan reneh anda boleh juga mengukus dengan memerap dahulu ayam dengan kicap cair, minyak bijan dan lada hitam.
RESEPI : CHEF IMRAN AUDI MOHD YAP
TERIMA KASIH ; FIRMAN PAIZI@FAUZI, CHEF DANIEL SOON, CRG CHICKEN RICE GUYS, 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

