Makan

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

Share

Sekiranya anda teringin hidangan berkeju, cubalah buat Quesadilla Daging Kunyit Berkeju yang ringkas ini. Daging Goreng Kunyit diletakkan di atas tortilla dan ditaburkan keju menghasilkan satu menu yang cukup unik dan lazat. Kali ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt, gabungan empat jenis keju yang mencair dengan sempurna serta menambah rasa dalam hidangan anda. Rugi kalau tak cuba! Terasa puas dalam setiap gigitan.

QUESADILLA DAGING KUNYIT BERKEJU

Bahan-Bahan:

  • 2-4 keping tortilla
  • 250gram Perfect Italiano Perfect Melt

Bahan-Bahan Daging Kunyit:

  • 200gram daging – dadu kecil & rebus empuk
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar – potong bulat
  • 2 tangkai cili kering – hiris kecil
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:

  1. Untuk membuat daging kunyit; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali.  Masukkan daging yang telah direbus empuk bersama serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng hingga sebati. Masukkan bawang besar, cili kering, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata hingga semua bahan masak sempurna. Ketepikan.
  2. Untuk membuat quesadilla; ambil sekeping tortilla lalu letakkan dalam kuali leper yang dipanaskan dengan sedikit mentega. Letakkan daging kunyit diatasnya dan ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Melt
    secukupnya. Ambil sekeping lagi tortilla dan tutup. Masak di kedua-dua bahagian (terbalikkan) hingga agak perang dan keju cair.
  3. Potong quesadilla dan hidangkan panas.

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma