Rasa Instafamous, Program Memasak RASA untuk siri yang keempat ini menampilkan Instafamous pertama lelaki dan bujang, Wan Mohd Raffie Wan Yusof, anak kelahiran Terengganu.
Beliau yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan kini aktif menjalankan bisnes online kek dan pastri tidak menduga dipilih sebagai tetamu Rasa Instafamous untuk berkongsi tiga resipinya. Apa yang menarik, selain pandai memasak, Raffie juga sebenarnya seorang yang pakar dalam kek dan pastri.
Sebagai buah tangan untuk semua penonton Rasa Instafamous, Raffie telah berkongsi tiga resipi kegemarannya, Kerabu Mangga, Sambal Udang Petai dan Bubur Pulut Hitam yang sangat menggoda rasa melihat Raffie menyediakan masakan tersebut.
Menariknya, gabungan Raffie bersama pengacara Auntie Aini umpama ibu dan anak yang begitu serasi berkongsi passion yang sama di dapur. Sambil memasak bersama, mereka saling berkongsi tip dan petua memasak dengan penonton, sudah tentu suasana ini mengembalikan nostalgia penonton memasak bersama ibu di kampung.
Ads
Ads
Pengaruh Media Sosial
Instafamous masakan yang mempunyai follower lebih 205k ini memang tidak menyangka kuasa media sosial boleh menjadikan seseorang itu ramai follower dan mampu menjana pendapatan lumayan jika rajin berusaha.
Ads
“Saya mula berjinak dengan kerja memuat turun video masakan hanya setahun lepas dengan niat sekadar suka-suka di instagram. Kebanyakan video masak saya adalah resipi yang mudah, ringkas dan sedap pada tekak orang bujang macam saya. Sambil masak saya rakam video .
“Dari hanya memuat turun video dan gambar, akhirnya ramai yang mintak saya sharekan sekali resipi. Secara tak sengaja saya bagaikan ada komitmen bila masa terus buat video sekali untuk disharekan di Instagram. Semua ini bermula hanya setahun lepas je. Tak sangka bila ramai follower. Saya dapat pula rezeki untuk review beberapa produk berkaitan makanan untuk dimuat turunkan dl instagram saya.
Sekarang Raffie telah membuat review beberapa produk secara langsung atau tidak langsung dengan cara memasukkan produk tersebut dalam masakan yang dimasak olehnya.
“Media sosial sekarang bukan hanya sebagai saluran untuk promosi produk tetapi juga boleh mendatangkan bisnes. Seronok bekerja sendiri seperti ini, lebih-lebih lagi melakukan kerja yang saya minat dan mengikut fleksibel masa sendiri. Apa yang penting adalah kesungguhan dan disiplin diri untuk berjaya,” ujar Raffie mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan sebagai tetamu program Rasa Instafamous.
Untuk anda yang belum menyaksikan program memasak Rasa Instafamous, jangan lupa saksikan di saluran Astro Proma dan Maya HD setiap hari Insin jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangan pada jam 9.00 malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tauhu sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini kaya dengan pelbagai khasiat. Sumber nutrisi dalam tauhu diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu anda mencegah pelbagai penyakit. Ia termasuklah sakit jantung dan diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi.
Maka ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan masakan dalam menu harian anda di rumah. Ia bukan hanya mudah disediakan tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah.
TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Acar rampai memang tak pernah gagal mencuri tumpuan bila terhidang di meja makan. Gabungan rasa masam, manis dan sedikit pedas menjadikan hidangan ini pelengkap sempurna untuk nasi putih, lauk goreng mahupun hidangan berkuah. Sayur-sayurnya yang diracik halus dan dimasak bersama rempah ratus menjadikan setiap suapan cukup menyegarkan!
Kalau anda rindu rasa acar rampai macam mak atau nenek buat dulu, anda wajib cuba resipi ringkas ini. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya pun tak rumit langsung. Jom kita tengok macam mana nak hasilkan acar rampai yang rangup, segar dan tahan lama – sesuai untuk makan harian atau sajian majlis!
ACAR RAMPAI
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
BAHAN LAIN:
3 sudu besar cili kisar
6 biji Bawang kecil potong dua
6 ulas bawang putih potong 2
1 batang timun buang empulur dipotong jejari
1 lobak merah dipotong jejari
2 batang lada merah
2 batang lada hijau
sedikit serbuk kunyit
1 sudu rempah kari
2 sudu makan gula secukup rasa
garam secukup rasa
2 sudu cuka
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sayur peria memang bagus untuk kesihatan namun ramai yang kurang gemar dek kerana rasanya yang sedikit pahit. Selain dijadikan ulam, dimasukkan ke dalam masakan, salah satu masakan sedap yang anda boleh hasilkan ialah Peria Celup Tepung ni. Jom cuba!
PERIA CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Peria katak
Tepung goreng serbaguna
Garam untuk rendam peria
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan peria dan potong nipis-nipis. Rendam dalam air garam seketika.
2. Toskan peria.
3. Gaul hirisan peria tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Selamat mencuba!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!