Hari ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan episod ke 16 menampilkan aksi selebriti terkenal iaitu Rahim Sepahtu bersama isteri, Norazlina Abdullah @ Kolin yang telah berkongsi sajian-sajian mudah dan sedap untuk berbuka. Seronok menyaksikan aksi keduanya. Malah ada sahaja usikan yang dari Rahim buat isterinya. Lebih menarik lagi, ada juga penampilan seorang lagi isteri selebriti ini iaitu Lily Khay.

Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri

Istimewa buat semua, mereka telah berkongsi dua resipi istimewa iaitu Ayam Masak Merah Gula Melaka dan juga sajian pencuci mulut; Fruit Trifle Puding. Menurut Rahim, masakan isterinya ini mengingatkan beliau dengan masakan-masakan air tangan ibunya. Memang mengimbau nostalgia.

Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri

Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, kedua-dua resipi ini sangat sesuai dijadikan menu dikala berbuka puasa. Malah Fruit Trifle Puding ini juga boleh disediakan awal. Jadi bila nak berbuka, ambil dan nikmati sahaja. Mudah kan?

Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri

Jadi jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Sesuai sangat dijadikan sajian berbuka anda.

 

AYAM MASAK MERAH GULA MELAKA

Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri

IKLAN

 BAHAN-BAHAN:

  •  4-5 ketul ayam yang telah digoreng
  •  2 biji bawang merah – hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih  – kisar
  • 2 inci halia – kisar
  • 2 inci lengkuas – kisar
  • 2 batang serai – kisar
  • 2-3 sudu makan cili boh
  •  2 sudu besar sos tomato
  •  2 sudu besar sos cili
  •  Gula melaka secukup rasa
  •  1 kiub pati ayam
  • Minyak masak
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumsi bawang merah hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili boh. Masak hingga hingga garing.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis lagi hingga harum.
  4. Masukkan gula melaka dengan secukupnya, semua sos dan pati ayam. Tambah sedikit air jika mahukan hidangan yang sedikit berkuah.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan juga tomato. Kacau sebati.
  6. Bila tomato sudah lembik, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

FRUIT TRIFLE PUDDING

Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri

BAHAN-BAHAN:

  • Kek Vanilla – potong dadu kecil
  • 1 biji mangga – potong dadu
  • Strawberi – potong kecil
  • Kepingan nanas dalam tin (termasuk sirup sekali)
  • Blueberi
  • Krim putar segera
  •  Nata De Coco secukupnya

BAHAN SOS KASTARD:

IKLAN
  •  1 tin susu cair
  • 4 1/2 sudu makan gula
  • 1 mangkuk tepung kastard
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung kastard, susu cair, gula dan air secukupnya ke dalam mangkuk. Sebatikan supaya adunan tidak berketul.
  2. Masukkan adunan tepung kastard ke dalam kuali. Masak guna api perlahan hingga sedikit pekat.
  3. Ambil potongan kek vanilla. Susun dalam bekas dengan secukupnya.
  4. Kemudian susun potongan buah-buahan dengan secukupnya. Sudukan juga sedikit sirap nanas ke atas kek.
  5. Sudukan sos kastard dengan secukupnya.
  6. Paipkan krim putar mengikut kreativi masing-masing.
  7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.

 

LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang

Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih.  Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.

Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri

Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini.    Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.

IKLAN

Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini  juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.

Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rahim Sepahtu Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Gula Melaka & Fruit Trifle Puding Air Tangan Isteri

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI